Terima Kasih Petronas!

https://www.petronas.com

Sepanjang tempoh Malaysia memerangi covid-19, Petronas selaku syarikat minyak dan gas nombor 1 di Malaysia tidak pernah putus putus memberikan sumbangan kepada negara Malaysia yang tercinta.


Ruangan iklan : Run For Insurance


Sebagai rakyat Malaysia pula. Apakah tindakan anda untuk membantu syarikat minyak nombor supaya 1 itu kekal terkemuka dan berprestij di peringkat dunia dan antarabangsa?

Terima kasih Petronas!

Tiada Lagi Kuarantin Percuma Bermula 1 Jun 2020!

Harap maaf! Tiada lagi percuma. Tiada lagi kuarantin percuma maksudnya tiada lagi segala penginapan dan segala makan minum percuma kepada mana mana individu yang masuk ke negara Malaysia bermula 1 Jun 2020 ini nanti.

Kenyataan ini telah dibuat oleh MKN kepada mana mana kerakyatan. Caj kuarantin di hotel tersebut akan dikenakan.


Ruangan iklan : Keindahan Hungary


Seramai 38 ribu lebih rakyat Malaysia yang pulang daripada luar negara dan telah dikuarantin semenjak 3 April lalu dan seramai 30 ribu telah pun selamat pulang kembali ke pangkuan keluarga selepas dikuarantin.

MKN menegaskan 100% caj akan dikenakan kepada bukan warganegara dan 50% caj akan dikenakan kepada warganegara yang masuk ke dalam negara Malaysia.

Syabas MKN diatas segala pelan tindakan yang dilaksanakan demi untuk memastikan kesejahteraan Malaysia!

Kadar Pos Baharu Untuk Pos Malaysia!

https://www.pos.com.my/rates/

Pos Malaysia telah pun mengumumkan kepada orang ramai serta pengguna setia Syarikat Pos dan Mel nombor 1 di Malaysia itu dengan kadar pos yang baru pada 1 Febuary 2020 tadi.

Informasi tersebut boleh diperolehi di semua Pejabat Pos diseluruh Malaysia ataupun dengan melayari laman rasmi Pos Malaysia. Pengguna dinasihatkan untuk mengambil tahu berkenaan maklumat tersebut.

Dilaman Facebook Pos Malaysia juga memberi makluman kepada pengguna supaya pengeposan dibuat di kaunter sebelum 18 May 2020 supaya barangan sampai sebelum hari raya aidilfitri.

Facebook Pos Malaysia

Terima kasih Pos Malaysia kerana sentiasa memberikan yang terbaik walaupun tengah dilanda wabak covid-19.

Promosi Hari Raya sen-Q Yang Berbaloi!

Sempena dengan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Syarikat pembekal alat elektronik dan elektrik yang terkemuka di Malaysia iaitu senQ menawarkan promosi yang amat menarik.

Tawaran yang paling menarik sekali ialah diskaun sebanyak 50% terhadap barangan berjenama yang terpilih.

Selain daripada itu promosi yang ditawarkan ialah voucher RM25 dengan setiap pembelian minimum RM200.

Terdapat juga promosi voucher RM50 dengan setiap pembelian barangan minimum sebanyak RM500.

Code voucher tersebut haruslah digunakan didalam setiap pembelian online di senQ.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di senQ sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang dan pada masa yang sama mendapat lebih penjimatan!

TIMOGAH.COM Memudahkan Serta Banyak Membantu Para Usahawan, Peniaga Serta Para Pengguna Di Malaysia!

TIMOGAH.COM memudahkan serta banyak membantu orang ramai khususnya di Sarawak dengan menghubungkan para pembekal, pemborong, peniaga serta pengguna untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan.

Platform rantaian digital yang dipelopori oleh anak tempatan Sarawak itu telah dicipta pada sekitar tahun 2017 dan telah pun terbukti banyak membantu orang ramai dengan memudahkan segala urusan jual beli.Segala jenis barangan mentah serta barangan basah dan kering dapat diperolehi didalam platform yang mesra pengguna tersebut.

Pihak pengguna cuma perlu meletakkan pesanan dan segala barangan akan terus sampai ke depan pintu rumah anda dengan harga yang sangat murah. Selalunya kita kena bersesak sesak ke pasar tani untuk membeli sayur atau pun ke pasar ikan untuk membeli ikan tapi dengan menggunakan platform timogah.com, sayur dan ikan sampai kerumah kita.

Bayangkan berapa banyak penjimatan yang boleh kita lakukan?

Kepada para peniaga pula, anda boleh menggunakan platform tersebut untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan. Kita hanya kena pastikan bekalan barangan kita sentiasa mencukupi demi untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kita.

Syabas anak Sarawak!

Facebook Timogah: https://m.facebook.com/timogah/

China janjikan $2 Billion kepada WHO bagi memerangi Covid-19.

Cabaran dilontarkan kepada Donald Trump yang merupakan Presiden Amerika apabila Presiden China iaitu Xi Jinping berjanji akan menyediakan $2 Billion kepada WHO untuk memerangi wabak Covid 19.

Presiden Republik tersebut dalam pada itu juga menyeru agar negara negara lain untuk bersama sama meningkatkan sumbangan kepada WHO untuk menentang wabak Covid 19 manakala Amerika Syarikat pula menghentikan sumbangan tahunan sebanyak $550 juta kepada organisasi kesihatan global tersebut.

Pengumuman sumbangan tersebut telah dibuat oleh Xi Jinping sewaktu mesyuarat virtual bersama pemimpin negara lain disertai bersama pakar kesihatan.

https://www.nytimes.com/2020/05/18/world/coronavirus-news.html#link-41d0c35a

Sabah Melancarkan Aplikasi SabahTrace!

https://sabahtrace.my

Kerajaan Negeri Sabah Hari ini melancarkan Application SabahTrace.

Application SabahTrace ini bertujuan untuk menjejak para pembeli ke mana mereka pergi membeli belah dalam pada masa yang sama memudahkan untuk mengesan serta mengenalpasti sekiranya berlaku sebarang penularan wabak covid 19.

Para usahawan serta para peniaga di Sabah digesa untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan application SabahTrace bagi memastikan application tersebut dilaksanakan. QR code juga akan dibekalkan kepada para usahawan serta peniaga bagi memudahkan para pembeli untuk mendaftarkan diri mereka ketika membeli belah.

Usaha ini sekaligus akan mengelak pencemaran alam sekitar dengan kurang penggunaan kertas serta log book bagi mendaftarkan para pengunjung ke pusat membeli belah.

Semoga Sabah Bumi Di Bawah Bayu sentiasa aman makmur dan bebas covid hendaknya!

Salon dan Kedai Gunting Rambut Tenat!

Salon dan kedai gunting rambut tidak beroperasi sejak PKP dilaksanakan pada 18 March 2020 yang lalu.

Ahli Malaysian Hairdressers Association, Steven Yek menyatakan pihak mereka terjejas pendapatan selama hampir 2 bulan.Dengan penuh harapan agar kerajaan mempertimbangan agar industri mereka boleh disambung semula dalam masa yang terdekat.

Terdapat beberapa premis salon di Sarawak perlu menghentikan urusniaga mereka disebabkan oleh bayaran sewa yang masih dikenakan.

Pihak persatuan hairdresser menyediakan panduan atau SOP yang akan dipatuhi oleh para ahli nya apabila dibenarkan untuk beroperasi semula nanti. Segala pemeriksaan suhu dan penyediaan sanitiser akan disempurnakan. Lagipun situasi Covid di Malaysia agak terkawal.

Semoga industri salon dan gunting rambut di Malaysia boleh beroperasi semula!

Bila Sekolah Akan Dibuka Semula Sebenarnya?

KPM mungkin akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan 5 dan 6 untuk hadir ke sekolah terlebih dahulu. Cuma tahap kepatuhan terhadap SOP yang ditetapkan harus dipantau dari masa ke semasa.

Mungkin juga bilangan pelajar didalam kelas akan dikurangkan.Contohnya daripada 36 orang satu kelas akan menjadi 15-16 orang sahaja didalam satu kelas. Ini adalah untuk memastikan penjarakan sosial sentiasa dijaga.

Cabaran kepada guru guru selain daripada untuk memastikan penerokaan ilmu akan berjalan terus dengan lancar pada masa yang sama guru juga perlu untuk memastikan segala SOP yang ditetapkan dipatuhi oleh para pelajar.

Wajarkah sekolah dibuka pada tahun ini?

Negara Brunei hampir bebas Covid-19!

Menurut kementerian kesihatan Brunei.Tiada kes baru dilaporkan pada hari sabtu yang lalu.Bilangan kes covid 19 di Brunei masih bertahan sebanyak 141 kes sahaja dan tiada kes positive baru semenjak 7 Mei 2020 yang lalu.

Pada masa sekarang cuma tinggal 4 pesakit kes covid. 2 dilaporkan dalam keadaan stabil manakala 2 pula dilaporkan dalam keadaan kritikal.Bilangan yang dikuarantin pada masa sekarang pula sebanyak 101 orang sahaja.

Negara Brunei cuma mencatatkan 1 kes kematian sahaja disebabkan oleh covid 19 sejak penularan wabak tersebut.

Semoga Negara Brunei terus aman makmur dibawah pemerintahan Sultan Bolkiah!