China janjikan $2 Billion kepada WHO bagi memerangi Covid-19.

Cabaran dilontarkan kepada Donald Trump yang merupakan Presiden Amerika apabila Presiden China iaitu Xi Jinping berjanji akan menyediakan $2 Billion kepada WHO untuk memerangi wabak Covid 19.

Presiden Republik tersebut dalam pada itu juga menyeru agar negara negara lain untuk bersama sama meningkatkan sumbangan kepada WHO untuk menentang wabak Covid 19 manakala Amerika Syarikat pula menghentikan sumbangan tahunan sebanyak $550 juta kepada organisasi kesihatan global tersebut.

Pengumuman sumbangan tersebut telah dibuat oleh Xi Jinping sewaktu mesyuarat virtual bersama pemimpin negara lain disertai bersama pakar kesihatan.

https://www.nytimes.com/2020/05/18/world/coronavirus-news.html#link-41d0c35a

Sabah Melancarkan Aplikasi SabahTrace!

https://sabahtrace.my

Kerajaan Negeri Sabah Hari ini melancarkan Application SabahTrace.

Application SabahTrace ini bertujuan untuk menjejak para pembeli ke mana mereka pergi membeli belah dalam pada masa yang sama memudahkan untuk mengesan serta mengenalpasti sekiranya berlaku sebarang penularan wabak covid 19.

Para usahawan serta para peniaga di Sabah digesa untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan application SabahTrace bagi memastikan application tersebut dilaksanakan. QR code juga akan dibekalkan kepada para usahawan serta peniaga bagi memudahkan para pembeli untuk mendaftarkan diri mereka ketika membeli belah.

Usaha ini sekaligus akan mengelak pencemaran alam sekitar dengan kurang penggunaan kertas serta log book bagi mendaftarkan para pengunjung ke pusat membeli belah.

Semoga Sabah Bumi Di Bawah Bayu sentiasa aman makmur dan bebas covid hendaknya!

Salon dan Kedai Gunting Rambut Tenat!

Salon dan kedai gunting rambut tidak beroperasi sejak PKP dilaksanakan pada 18 March 2020 yang lalu.

Ahli Malaysian Hairdressers Association, Steven Yek menyatakan pihak mereka terjejas pendapatan selama hampir 2 bulan.Dengan penuh harapan agar kerajaan mempertimbangan agar industri mereka boleh disambung semula dalam masa yang terdekat.

Terdapat beberapa premis salon di Sarawak perlu menghentikan urusniaga mereka disebabkan oleh bayaran sewa yang masih dikenakan.

Pihak persatuan hairdresser menyediakan panduan atau SOP yang akan dipatuhi oleh para ahli nya apabila dibenarkan untuk beroperasi semula nanti. Segala pemeriksaan suhu dan penyediaan sanitiser akan disempurnakan. Lagipun situasi Covid di Malaysia agak terkawal.

Semoga industri salon dan gunting rambut di Malaysia boleh beroperasi semula!

Bila Sekolah Akan Dibuka Semula Sebenarnya?

KPM mungkin akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan 5 dan 6 untuk hadir ke sekolah terlebih dahulu. Cuma tahap kepatuhan terhadap SOP yang ditetapkan harus dipantau dari masa ke semasa.

Mungkin juga bilangan pelajar didalam kelas akan dikurangkan.Contohnya daripada 36 orang satu kelas akan menjadi 15-16 orang sahaja didalam satu kelas. Ini adalah untuk memastikan penjarakan sosial sentiasa dijaga.

Cabaran kepada guru guru selain daripada untuk memastikan penerokaan ilmu akan berjalan terus dengan lancar pada masa yang sama guru juga perlu untuk memastikan segala SOP yang ditetapkan dipatuhi oleh para pelajar.

Wajarkah sekolah dibuka pada tahun ini?

Negara Brunei hampir bebas Covid-19!

Menurut kementerian kesihatan Brunei.Tiada kes baru dilaporkan pada hari sabtu yang lalu.Bilangan kes covid 19 di Brunei masih bertahan sebanyak 141 kes sahaja dan tiada kes positive baru semenjak 7 Mei 2020 yang lalu.

Pada masa sekarang cuma tinggal 4 pesakit kes covid. 2 dilaporkan dalam keadaan stabil manakala 2 pula dilaporkan dalam keadaan kritikal.Bilangan yang dikuarantin pada masa sekarang pula sebanyak 101 orang sahaja.

Negara Brunei cuma mencatatkan 1 kes kematian sahaja disebabkan oleh covid 19 sejak penularan wabak tersebut.

Semoga Negara Brunei terus aman makmur dibawah pemerintahan Sultan Bolkiah!

Mukhriz letak jawatan!

Mahathir & Mukhriz

Politik Malaysia digemparkan lagi hari ini dengan perletakkan jawatan Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Bin Mahathir!

Perletakkan jawatan tersebut dibuat selepas hilangnya majoriti sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri.

Rasa rasanya siapa yang akan mengantikan beliau dan apakah yang Mukhriz akan buat selepas tidak menjadi Menteri Besar ini nanti?

Sesiapa ada cadangan untuk beliau?Foodpanda?Grab?

Sampai bila kita akan berPKP sebenarnya?

Hakikatnya bukan mudah untuk memastikan bila berakhirnya perintah kawalan pergerakan.Semua ini adalah disebabkan oleh faktor faktor keselamatan bersama.

Pemerintah serba salah juga sebenarnya.Mengenangkan ekonomi yang semakin goyah.Memikirnya nyawa rakyat juga.

Jikalau anda sebagai pemerintah.Apakah keputusan yang bakal anda lakukan?

Wajarkah PKP dikuatkuasakan sehingga benar benar selamat atau sehingga vaksin covid19 ditemui ataupun menarik balik PKP dan menjalankan ekonomi seperti biasa mengenangkan ekonomi yang semakin gawat?

Sarawak 0 kes Covid 3 hari berturut turut.

Ibu pertiwiku

Sarawak mencatatkan 0 kes covid selama 3 hari berturut turut.

Terima kasih diucapkan kepada semua frontliner yang bertugas dan syabas diucapkan kepada semua rakyat Sarawak yang memberi kerjasama dalam perang memerangi covid19.

Tiada zon merah juga di Sarawak.

Persoalan nya sekarang.Bilakah pergerakan merentasi daerah akan dibenarkan?

Sebuah Jet atau sebuah Toyota Alphard?

Kedatangan Ketua Menteri Sarawak disambut dengan penuh hormat.

Sekiranya kita diberi pilihan diantara sebuah Jet ataupun sebuah Toyota Alphard.Yang mana satu akan menjadi pilihan kita?

Sebelum kita pilih mana satu.Sebuah Jet ataupun sebuah Toyota Alphard.Cuba kita tanya dengan diri kita sendiri dahulu.

Adakah ianya satu keperluan ataupun cuma suatu kehendak sahaja.

Kadang kadang pekerjaan kita tidak memerlukan kelengkapan sedemikian namun kita mudah untuk membuat sesuatu perkara diluar kemampuan diri kita sendiri.Disebabkan oleh dipengaruhi oleh persekitaran dan orang lain.

Pernah kita tanya kepada diri kita sendiri.Adakah ianya berbaloi?

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru Tahun 2020

Antara manusia manusia yang perlu,wajib serta harus kita muliakan selain daripada ibu dan bapa kita ialah para guru.

Tanpa guru siapa lah kita sekarang.

Perasan tidak kenapa bila kita dewasa,bekerja,berkahwin dan beranak pinak.Apabila kita bertemu kembali dengan cikgu cikgu kita di mana mana.Kita tetap panggil mereka cikgu.

Kenapa tidak panggil mereka dengan gelaran Tuan atau Puan?Dari situ kita semua jelas tingginya dan mulia nya martabat seorang cikgu.Once a teacher,forever a teacher.

Dah ucap selamat hari guru ke belum dengan cikgu cikgu kita semua?