Sampai bila kita akan berPKP sebenarnya?

Hakikatnya bukan mudah untuk memastikan bila berakhirnya perintah kawalan pergerakan.Semua ini adalah disebabkan oleh faktor faktor keselamatan bersama.

Pemerintah serba salah juga sebenarnya.Mengenangkan ekonomi yang semakin goyah.Memikirnya nyawa rakyat juga.

Jikalau anda sebagai pemerintah.Apakah keputusan yang bakal anda lakukan?

Wajarkah PKP dikuatkuasakan sehingga benar benar selamat atau sehingga vaksin covid19 ditemui ataupun menarik balik PKP dan menjalankan ekonomi seperti biasa mengenangkan ekonomi yang semakin gawat?

Sarawak 0 kes Covid 3 hari berturut turut.

Ibu pertiwiku

Sarawak mencatatkan 0 kes covid selama 3 hari berturut turut.

Terima kasih diucapkan kepada semua frontliner yang bertugas dan syabas diucapkan kepada semua rakyat Sarawak yang memberi kerjasama dalam perang memerangi covid19.

Tiada zon merah juga di Sarawak.

Persoalan nya sekarang.Bilakah pergerakan merentasi daerah akan dibenarkan?

Sebuah Jet atau sebuah Toyota Alphard?

Kedatangan Ketua Menteri Sarawak disambut dengan penuh hormat.

Sekiranya kita diberi pilihan diantara sebuah Jet ataupun sebuah Toyota Alphard.Yang mana satu akan menjadi pilihan kita?

Sebelum kita pilih mana satu.Sebuah Jet ataupun sebuah Toyota Alphard.Cuba kita tanya dengan diri kita sendiri dahulu.

Adakah ianya satu keperluan ataupun cuma suatu kehendak sahaja.

Kadang kadang pekerjaan kita tidak memerlukan kelengkapan sedemikian namun kita mudah untuk membuat sesuatu perkara diluar kemampuan diri kita sendiri.Disebabkan oleh dipengaruhi oleh persekitaran dan orang lain.

Pernah kita tanya kepada diri kita sendiri.Adakah ianya berbaloi?

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru Tahun 2020

Antara manusia manusia yang perlu,wajib serta harus kita muliakan selain daripada ibu dan bapa kita ialah para guru.

Tanpa guru siapa lah kita sekarang.

Perasan tidak kenapa bila kita dewasa,bekerja,berkahwin dan beranak pinak.Apabila kita bertemu kembali dengan cikgu cikgu kita di mana mana.Kita tetap panggil mereka cikgu.

Kenapa tidak panggil mereka dengan gelaran Tuan atau Puan?Dari situ kita semua jelas tingginya dan mulia nya martabat seorang cikgu.Once a teacher,forever a teacher.

Dah ucap selamat hari guru ke belum dengan cikgu cikgu kita semua?