MINGGU KEDUA ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.

Menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang sempena lawatan khas baginda ke Malaysia.Turut sama menyambut keberangkatan tiba Baginda adalah Ketua Setiausaha Negara serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.Baginda berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa saya dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ke Seri Perdana, Putrajaya bagi mengadakan pertemuan sulung disusuli majlis santapan tengahari.Baginda dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei, di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.Semoga hubungan Malaysia-Brunei akan terus diperkukuh, InsyaAllah.

Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana MenteriPagi ini bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan penjawat awam di Putrajaya. Kami berkumpul untuk perhimpunan bulanan, dan ini merupakan pertemuan sulong saya bersama mereka.Saya diapit Peguam Negara Tan Sri Idris Harun dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.Saya singkap pencapaian yang pernah kita capai di masa lalu, dan ia tidak mungkin tercapai tanpa dukungan penuh penjawat awam yang menjadi tunggak penting.Saya turut menegaskan bahawa budaya lama pemerintah yang meluluskan projek tanpa tender serta kebocoran dan ketirisan yang berleluasa mesti dihentikan.Rakyat sedang menunggu perubahan yang ingin dibawa, dan saya ingin mengajak penjawat awam yang saya anggap sebagai wahana ke arah perubahan untuk bersama saya dalam satu pasukan yang kuat dan jitu demi pertiwi.

Saya ke Pasar Tanjung Rambutan ketemu warga Tambun seusai sesi mengadap Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Istana Kinta.Saya hargai semangat rakyat yang hadir dari pelbagai lapisan kaum, dan tentunya harapan dan aspirasi mereka tidak mungkin saya kecewakan.Seperti yang sering saya bicarakan bahawa kuasa bukan keistimewaan sebaliknya tanggungjawab berat yang mesti dipikul dengan amanah dan prinsip yang jelas dalam mengangkat martabat hidup rakyat.Negara ini mesti dipacu ke tahap yang lebih baik, dan Malaysia mesti menjadi tatanan contoh tidak hanya di rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Alhamdulillah, saya telah mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan.Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat.

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: