SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI BINA DI MALAYSIA.

Mercu tanda baharu ibu kota.

Malaysia dijangka memiliki satu lagi mercu tanda baharu di ibu negara apabila sebuah bangunan pencakar langit berketinggian 775 meter yang sedang dalam fasa perancangan, siap kelak.Menurut firma arkitek Woods Bagot, menara dinamakan Tradewinds Square itu bakal tersergam megah di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas iaitu di Jalan Sultan Ismail di sini.

Bangunan itu dibangunkan di atas tanah seluas 2.8 hektar iaitu bekas tapak Kompleks Antarabangsa dan Hotel Crowne Plaza Mutiara yang dirobohkan sebelum ini. Kedua-dua aset itu dimiliki Tradewinds Corporation Berhad dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.Mengikut perancangan asal, kedua-dua aset itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan komersial bercampur bernilai RM6 bilion iaitu projek mega ini.

Diterajui Tradewinds Corporation sendiri sebagai pemaju, projek turut dijayakan dengan usahasama firma arkitek DP Architects & Woods serta jurutera struktur Leslie E Robertson Associates.Konsep reka bentuknya diilhamkan daripada pendekatan pelbagai segi dengan menggabungkan keindahan corak geometri Islam dan biomimikri organik dengan keteguhan fungsi seni bina dan kejuruteraan struktur bersepadu.

Mengikut pelan asal, menara yang mempunyai 110 tingkat itu akan dilengkapi dengan kemudahan termasuk ruang niaga, pejabat, pangsapuri servis diikuti bilik hotel, muzium dan hiburan di bahagian teratas.Apabila menjadi kenyataan kelak, Tradewinds Square bakal memegang gelaran menara tertinggi Malaysia dan Asia Tenggara, sekali gus mengatasi rekod dipegang Menara Merdeka 118 yang berketinggian 679 meter serta menduduki tangga kedua bangunan tinggi dunia selepas Burj Khalifa, Dubai (829.67 meter).Untuk rekod, rancangan pembinaan projek berkenaan diumumkan sejak 2011 lagi.

Mengimbas kembali pada 2012, Pengerusi Tradewinds Corporation ketika itu, Tan Sri Megat Najimuddin Megat Khas dilaporkan berkata, pihaknya merobohkan Kompleks Antarabangsa dan Hotel Crowne Plaza Mutiara bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan syarikat.



Take a Tour | Marketing Automation, Landing Pages, Webinars, Email Marketing

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: