MINGGU PERTAMA DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-10.

Menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya siang tadi bersama warga Putrajaya.Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Nasihat Buat Pemimpin Khalif Umar Abdul Aziz Contoh Teladan’.Saya turut berkesempatan santuni para jemaah sebaik selesai solat.

Pagi ini saya menerima kunjungan dari Premier Sarawak Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg bersama rombongan di rumah.Gabungan Parti Sarawak atau GPS menjadi di antara tunggak yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang dikemudi saya.InshaAllah, hubungan di antara kerajaan persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan.

Pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan dan menyeksa rakyat terutamanya golongan miskin dan melarat.Saya telah memberikan tempoh dua minggu kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk mencerakin dan menelusuri seluruh dampak berkaitan pemberian subsidi agar ia lebih bersasar dan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.Tempoh tersebut juga diberi untuk berbincang dengan sektor swasta serta pelabur agar mereka faham fungsi dan tujuan subsidi diberikan iaitu bagi meringankan beban golongan miskin.InsyaAllah, setelah selesai urusan pembentukan kabinet kelak saya dan jemaah menteri akan dapat meneliti keseluruhan dasar ini untuk pertimbangan dan tindakan segera.

Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atas perkenan menerima patik mengadap hari ini.Dalam sesi mengadap tersebut, saya telah memberi penjelasan berkait isu kos sara hidup rakyat yang amat memprihatinkan Duli Tuanku.Dirgahayu Tuanku.

Menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di pejabat petang ini.Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan GRS memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan saya, dan saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan tersebut demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah.

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: