Baju Kalis Peluru Daripada Pohon Kelapa

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan perisai pelbagai lapisan (MA) (multilayer armour) kalis peluru daripada lapisan helaian kulit bahagian pangkal pelepah kelapa atau ‘cocos nucifera sheath’ (CNS) yang boleh menggantikan fabrik Kevlar pada jaket kalis peluru, tanpa menjejaskan prestasi balisiknya.



Ketua kumpulan penyelidik itu, Dr. Mohammad Jawaid berkata, inovasi yang diberi nama Techno Economic Hard Body Armour itu digunakan pada jaket sebagai jaket kalis peluru, dan memenuhi spesifikasi keperluan standard National Institute of Justice (NIJ) tahap III.



Ujian balistik dilakukan menggunakan peluru 7.62mm kaliber sebagai peluncur tenaga kinetik tinggi, dari jarak 15 meter, dengan halaju tembakan 838±15m/s. Ujian dijalankan di Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) Selangor.

Hasil ujian mendapati kedalaman ukuran trauma ketumpulan (ballistic blunt trauma measurement) baju kalis peluru pelbagai lapisan berasaskan CNS adalah 26.51mm, iaitu lebih rendah daripada had masksimum ‘blunt trauma limit’ 44mm yang dibenarkan mengikut standard NIJ.

Dr. Mohammad yang juga Felo Penyelidik Kanan (Profesor) di Laboratori Teknologi Biokomposit, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM, berkata ia juga menjimatkan 44 peratus kos fabrikasi berbanding MA yang berasaskan Kevlar.



Semoga informasi ini memberikan manfaat kepada para pembaca.

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: