KEMAS KINI PEMBUKAAN SEMPADAN BRUNEI!

Bandar Seri Begawan,

Khamis,

14hb.Julai 2022


Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jawatankuasa Pandu COVID-19
dengan in memaklumkan mengenai pengemaskinian sukat-sukat bagi
pemulihan lanjut aktiviti rentas sempadan yang akan bermula pada hari Isnin, 1hb., Ogos 2022, iaitu seperti berikut:


1- A. “Vaksinasi penuh” bagi warganegara asing untuk perjalanan
masuk atau keluar negara bagi apa jua jenis perjalanan (sama ada
melalui udara, darat atau air) adalah didefinisikan sebagai mempunyai
sekurang-kurangnya dua (2) dos vaksin.
Walau bagaimanapun, warganegara asing yang hendak masuk ke
Negara in adalah digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak
(booster) bagi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan
semua pihak.


B. Manakala, definisi “vaksinasi penuh” bagi rakyat dan penduduk
tetap Negara Brunei Darussalam untuk perjalanan keluar negara
(udara, darat atau air) adalah sekurang-kurangnya mempuny ai tiga (3)
dos vaksin atau jika belum mendapatkan dos ketiga, mereka telah
mendapatkan dos kedua dalam masa tidak lebih dari tiga (3) bulan
sebelum tarikh meninggalkan negara ini.
Di kesempatan ini, bagi mereka yang mash belum mendapatkan atau
melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 termasuk dos-dos penggalak
(booster) adalah dinasihatkan untuk mendapatkannya dengan segera
bagi mengelakkan daripada gejala yang lebih teruk.

2- Syarat-syarat perjalanan keluar dan mask melalui pos-pos kawalan
dart dan laut adalah untuk mengikut seperti syarat-syarat
perjalanan melalui udara yang dilaksanakan pada masa ini, iaitu
mempunyai vaksinasi penuh;mendapatkan Insuran Perubatan
Perjalanan yang meliputi rawatan COVID-19 sebelum keluar negara
(bagi rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam) dan
mengisikan borang Arrival Declaration Form (ADF) sebelum memasuki
atau kembali ke Negara ini.


Jawatankuasa Pandu COVID-19 akan terus memantau keadaan semasa
jangkitan COVID-19 di negara in di samping memastikan apa jua langkah-langkah pengawalan yang dikenakan adalah bersesuaian, demi menjagakeselamatan, kesejahteraan dan keamanan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Apa jua perubahan dan pengemaskinian sudah setentunya akan segera dimaklumkan kepada orang ramai.
Bagi sebarang maklumat lanjut dan terperinci, bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Perdana Menteri di alamat http://www.pmo.gov.bn/travelportal atau menghubungi travel hotline di talian 120 semasa waktu bekerja ataupun melalui e-mel kepada http://travelapplication@jpm.gov.bn.
Mariah kita sama-sama berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala akan
sentiasa memberikan perlindungan dan keselamatan kepada kita daripada apa
jua bencana dan wabak, termasuk jangkitan COVID-19 ini. Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


JAWATANKUASA PANDU COVID-19
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan BB3913
Negara Brunei Darussalam


14hb., Zulhijjah 1443

Published by Agent Info

Team Lead

3 thoughts on “KEMAS KINI PEMBUKAAN SEMPADAN BRUNEI!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: