POLIS KEHIDUPAN-Protection Of Life In Civil Establishment.

Orang dungu ialah orang yang ditipu. Orang yang paling dungu adalah orang yang ditipu, tetapi masih percaya kepada orang yang menipunya.

Kebahagian anda adalah pembalasan terbesar terhadap mereka yang ingin menjatuhkan anda. Be Happy and show happiness. Tenang is Good.



Setiap hari adalah hari yang baru. Jangan biarkan kepahitan semalam merosakkan kebahagiaan anda pada hari ini. Bersantai dan nikmatilah kehidupan dengan sebaiknya. Kalau semalam bermasam muka, hari ini mulakan dulu dengan senyuman.



Hidup saya tidak sempurna. Tetapi saya bersyukur untuk segala rezeki yang Allah telah berikan pada saya.

Hidup yang bahagia bukan bermakna segala-galanya perlu sempurna. Ia bermakna kita pilih untuk bahagia walaupun sedar hidup tidak akan sempurna.



Sesekali jadikan diri anda satu keutamaan. Ia bukan pentingkan diri sendiri, tetapi ia adalah keperluan. (bergantung pada situasi). Sometimes you need to make yourself important . Got it.

Saat yang indah dalam hidup tidak akan kembali. Tetapi hubungan yang rapat dan kenangan manis bersama insan itu akan kekal di hati selamanya.

Memori mengingatkan kita bahawa tiada apa yang kekal selamanya. Jadi nikmatilah setiap saat kehidupan dan usah menghitung hari. Biarlah setiap hari-hari kita jalani, jadi bermakna. Memories nothing more than memories.

Hidup ini agak lucu.

Anda mula hidup tanpa punya apa

Kemudian berjuang untuk memiliki segala-galanya . Kemudian meninggal dunia tanpa bawa apa-apa (harta benda).



Jangan sekali-kali mengukur kehidupan dengan harta benda anda. Ukur ia dengan hati yang anda dapat sentuh, hidup insan yang anda telah bantu dan kasih sayang yang anda kongsikan.

Sebelum anda menyebarkan gosip atau khabar angin tentang kehidupan seseorang atau kekurangan mereka, ingatlah anda juga ada bab-bab dalam hidup anda yang anda tidak mahu orang lain ketahui.

Ianya bukan tugas anda untuk perbaiki segala perkara dalam hidup orang lain. Samada menilai kehidupan orang lain kerana cara hidup yang berbeza, untuk membahagiakan setiap orang atau meyakinkan orang lain untuk menghormati anda. Menjadi polis pada kehidupan atau setiap pilihan hidup orang lain. Jangan mengorbankan kesihatan mental anda. Lebih baik tumpukan pada perkara yang lebih penting, yang lebih produktif dan mendatangkan hasil. Jangan jadi KEIPO.

Jangan risau menjadi semakin tua, kelak anda akan tua sebelum waktunya.

Kehidupan yang indah tidak berlaku sendiri. Ia dibina setiap hari dengan kasih sayang, gelak ketawa, pengorbanan, kesabaran, kepercayaan dan kemaafan.

Keyakinan diri adalah kuasa hebat. Sekali anda mula percaya pada diri sendiri, keajaiban akan berlaku.

Sikap sabar sentiasa mewujudkan hubungan yang kukuh. Tenang is always good. Tenang means Menang.



Setiap kesilapan boleh dimaafkan andai seseorang mempunyai keberanian untuk mengakuinya.

Kadang-kadang kita mungkin tidak pernah memahami perkara-perkara tertentu dalam kehidupan. Kita hanya perlu menadah tangan memohon pada Allah dan percaya bahawa Allah telah aturkan apa yang terbaik untuk kita.



Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: