Tip untuk mengumpul harta seperti pembelian rumah atau kereta kepada anak muda.

1.Buka lesen perniagaan di mana-mana Pejabat Daerah @ Pejabat LHDN (Sarawak) atau SSM ( Semenanjung). Buka perniagaan persendirian pun sudah memadai.
2.Buka akaun perniagaan di mana-mana bank. Statement bulanan simpan sebagai support. Gunakan perkhidmatan book keeping untuk rekod transaksi.
3.Setiap jualan kita masukkan ke akaun perniagaan.
4.Setiap hujung bulan ambik gaji sendiri. Kita yang tetapkan berapa dan bila tarikh yang kita mahukan.
5.Mencarum KWSP dengan kadar gaji Yang Kita tentukan. Ada report setahun dua memang cantik.
6.Bayar cukai di LHDN, buat sendiri di e-hasil mudah.
7.Konsisten buat circle begini 2 tahun disamping jaga CCRIS dan CTOS. Disamping kumpul duit sebagai deposit rumah nanti.
Ini yang saya lakukan pada tahun 2008-2009 dan alhamdulillah 2010 saya dapat beli rumah pertama yang saya duduki sekarang.
Semoga perkongsian saya bermanfaat buat semua!