ORANG GAJI ONLINE APPLICATION. Mudah,Selamat dan Pantas!

Hari ni happy sangat sebab process pengambilan maid sangat sangat mudah dan senang, jadi saya belanja process bagaimana nak ambil maid ye. Tanpa perlu kos agen ribu ribu.



Syaratnya anda dah ada calon Pembantu Rumah Asing (PRA) sendiri. Tak kira lah cari kat mana sedara ke kawan ke.

Macam kes saya, adik saya pelajar pondok di Indonesia, dan ada kenalan di sana yang offer diri nak kerja di Malaysia.

PRA datang ke Malaysia dulu baru boleh proses apply permit.

Pastikan PRA dalam visa pass social visit yang 30 hari tu.

Ok jom start.



1. Isi pendaftaran baru di maid online. Ada link kat bawah . Kemudian isi semua maklumat sebagai majikan. Kalau anda pasangan suami isteri, letak nama suami sebagai majikan utama ya. Ada syarat syarat sebagai majikan dan PRA. Boleh baca di maid online tu.

2. Isi maklumat PRA.

3. Proceed dengan FOMEMA. Pilih panel klinik berdekatan dengan rumah anda. Bayaran RM191.

Print slip bayaran FOMEMA dan bawa ke klinik. Buat pemeriksaan tu sekejap je. Nak tunggu keputusan medical check up yang tunggu dalam 3-7 hari, nanti dalam maid online dia akan update status boleh proceed.

Sementara tunggu result FOMEMA tu boleh download borang contract of employment dan pi mati setem di LHDN.

4. Bila dah pass medical check up, sistem akan minta anda upload beberapa dokumen. Ok ni part paling mencabar. Sebab, dokumen yang diminta tak boleh melebihi 25kb. Jadi kene re-size dokumen dokumen anda semua.


Promo code: SHP25ST
SHPAFFEMNC
Valid until: Dec 31, 2022

Dokumen dokumen nya:

-Sijil nikah

-Slip gaji 3bulan terkini dan slip KWSP.

-Surat beranak anak berumur kurang 15tahun

-Gambar Passport PRA muka depan, belakang dan pass social visit (yang cop dalam passport)

-Gambar PRA berukuran size passport, (saya ambil gambar pakai phone, background putih, tudung hitam, size ngam ngam size passport ye.

Macam mana nak re-size? Type je kat google, resize photo, nanti ada website so upload photo kat situ and adjust sendiri buat sampai dapat 25kb tu. Yang ni kene sabar. So yang kene sabar banyak ni saya pass kat suami

5. Bila dah upload semua dokumen, tunggu dalam sehari dua, cek dalam sistem maid online, akan update tulis buat bayaran. Maksudnya permohonan dah lulus. Terus buat online payment rm1375.

Dah siap bayar, esok nya majikan boleh pergi jabatan imigresen terdekat. Pergi jabatan imigresen hanya SEKALI sahaja. Saya buat di Jabatan Imigresen Johor, di Setia Tropika.

Masa datang majikan kene datang bawa IC majikan bersama:

Contract of employment (yang ni saya dah buat siap siap masa tunggu result FOMEMA, download borang, google dalam website imigresen, contract of employement, isi dan pergi mati setem rm10 kat LHDN.

Insuran – foreign maid protection. Saya beli kat kedai insuran depan jabatan imigresen, rm51.80, termasuk service charge rm10. Boleh juga nak beli online kat myEg.

Bawak passport PRA. Untuk tampal sticker VISA employment.

Tak perlu bawak PRA pon.

Tak perlu bawak dokumen dokumen lain yang dah diupload (tapi saya bawak jugak incase diorang nak)

Contract dan insuran tu hanya kene tunjuk pada pegawai sebab diorg nak make sure kita dah buat. Later kita yang simpan semua tu.

Jadi total urusan semua ni:

FOMEMA RM191

LHDN RM10

INSURAN RM51. 80

MAID ONLINE RM1375

TOTAL: RM1627. 80



Jadi kalau dah ada calon, bawa masuk Malaysia dan boleh terus apply. Proses semua ni ambil masa 1-2 minggu selesai. insyaAllah tak akan terlebih tempoh. Kalau proses tak selesai dalam tempoh 30 hari pass visit social, akan kena kompoun rm100.

Senang kan? Selamat mencuba dan semoga berjaya

*kos tak termasuk flight PRA ke Malaysia dan buat passport PRA

*Update 28/4/2022, proses MAID online so far masih sama dan valid.

Dah ada maid, kena renew premit setiap tahun ya. Semoga perkongsian ini membantu semua!

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: