MRTA ATAU MLTA?


Terdapat pelbagai plan insurans yang ditawarkan di
pasaran pada hari ini. Anda boleh menginsuranskan
pelbagai perkara dari aset fizikal seperti kereta
sehingga organ seperti pankreas.



Terbaru, anda juga
boleh menginsuranskan kucing kesayangan anda.
Namun begitu, perkara yang menjadi kebiasaan
adalah insurans gadai janji, yang lebih dikenali
sebagai insurans pinjaman rumah.


Apakah tujuan and menginsuranskan pinjaman
rumah? Biasanya insurans tersebut akan membayar
pinjaman sekiranya berlaku kematian atau hilang
upaya kekal kepada pembeli rumah. Syarikat insurans
tidak mempertimbang tuntutan insurans sekiranya
anda mengguna alasan hidup anda tidak bernasib
baik, diberhentikan kerja atau malas bekerja.


Insurans in bertujuan untuk melindungi keluarga anda
daripada mengalami masalah rumah yang ditarik balik
oleh pihak pemberi kredit apabila anda meninggal
dunia. Terdapat dua jenis insurans gadai janji, iaitu
Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan
(Mortgage Reducing Term Assurance, MRTA)
dan Insurans Bertempoh Gadai Janji Bertahap
(Mortgage Level Term Assurance, MLTA).




MRTA vs MLTA


Bagi memulakan perbincangan tentang kedua-dua
jenis insurans ini, kami menyediakan carta yang
mudah bagi menunjukkan perbezaan di antara
kedua-dua jenis insurans tersebut. Walaupun tujuan insurans tersebut adalah sama, namun anda akan dapat melihat perbezaannya.


Adakah saya memerlukan insurans gadai janji?


Untuk menjawab solan ini pasti rumit. Adakah
anda memerlukan insurans hayat? Adakah anda
memerlukan insurans kemalangan diri? Ramai yang
tidak mengendahkan perkara ini, cuma apabila
berlaku kejadian seperti hilang upaya kekal atau
kematian. maka barulah mereka benar-benar
melihat kepentingan mempunyai insurans gadai
janji. Apabila anda meninggal, orang yang disayangi
perlu meneruskan bayaran pinjaman atau jika
keadaan mendesak, terpaksa menjual rumah untuk
membayar balik pinjaman. Penyelesaian terbaik
adalah membayar pinjaman perumahan tersebut
sepenuhnya sebelum meninggal.


Namun begitu, realiti sebenarnya kehidupan tidak
seperti yang dirancangkan. Tiada siapa yang tahu apa
akan berlaku esok? Insurans adalah bertujuan untuk
melindungi and apabila berlaku sesuatu bencana musibah.

Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai
perlindungan insurans sebagai jaminan masa depan.
Ejen hartanah sudah tentu akan menggalakkan
anda untuk mengambil insurans. Kadangkala, dasar
mereka hanya memastikan agar mendapat bayaran
tanpa mengambil kira apa yang akan berlaku kepada
anda. Namun, apabila diperkenal tentang kelebihan
polisi insurans, dan gesaan yang mungkin membuat
anda berasa bersalah jika tidak meninggalkan orang
yang tersayang dalam keadaan tenang dan selesa,
perlu diingat bahawa keputusan mutlak mengenai
pembelian insurans adalah terletak di tangan anda.


APPLY MLTA MAMPU MILIK ANDA DISINI

Adakah perl membeli insurans gadai janji sebaik sahaja membeli rumah saya?


Jawapan mudahnya ialah tidak perlu. Ejen insurans
dan bank boleh menjual polisi insurans secara
berasingan sekiranya anda tidak membelinya dalam
masa yang sama anda membeli rumah. Tetapi harus
dingat, apabila anda mengasingkan pembelian
insurans gadai janji:-
Ada perlu membayar MRTA secara premium
tunggal – adakah anda mampu membayar jumlah
tersebut? Kebanyakan pengguna mengambil
MRTA ketika membuat permohonan pinjaman
perumahan dan premium insurans dimasukkan
ke dalam pinjaman untuk membantu anda
membayarnya secara bulanan. Sehubungan itu,
anda perlu mempunyai wang yang mencukupi
di tangan untuk membayar premium insurans
tersebut, sekiranya anda memilih untuk membeli
insurans secara berasingan.


Adakah tidak mempunyai sebarang insurans
gadai janji membuatkan anda berasa lemah
semangat? Sesetengah individu suka memiliki
insurans dan jika tidak mempunyai polisi insurans
walaupun dalam tempoh yang singkat, boleh
menyebabkan mereka berasa gelisah. Jika
anda jenis orang seperti ini, bolehkah anda
hanya memiliki pinjaman perumahan, tetapi tidak
memiliki insurans gadai janji?
Sekiranya anda telah membuat keputusan, berikut
adalah soalan seterusnya – yang mana satukah
pilihan anda?




Yang mana lebih baik?


Terdapat dua perbezaan penting di antara MRTA dan
MLTA yang perlu diberi perhatian. Pertama, MRTA akan membayar berdasarkan jumlah yang masih
terhutang kepada bank dan MLTA akan membayar
jumlah sebenar yang dipersetujui dalam polisi tidak
kira berapa banyak jumlah yang anda berhutang
(biasanya a lebih tinggi daripada jumlah yang
terhutang dan berdasarkan nilai atau harga belian
harta tersebut). Perbezaan kedua adalah MRTA hanya
memerlukan pembayaran premium secara tunggal
manakala MLTA merupakan bayaran berulang secara
tahunan.


Dua perkara lagi yang boleh and pertimbangkan:
MLTA baik kerana anda bukan sahaja akan menerima
jumlah yang anda perlu bayar balik kepada bank tetapi
anda akan menerima jumlah tambahan sebagai nilai
tunai. Namun, premium MLTA adalah bayaran secara
berulang-ulang menyebabkan and akan membayar
jumlah premium yang lebih tinggi berbanding MRTA.
Apabila mengambil kira jumlah pembayaran yang
lebih tinggi, adakah jumlah ini member nilai kepada
wang anda?


Sebaliknya, MRTA baik sekiranya anda hanya mahu
melindungi pinjaman perumahan anda. Walaupun
nilai insurans gadai janji sangat minimum, namun ia
tetap memberi anda perlindungan. MRTA merupakan
pembayaran secara premium tunggal dan a sangat
mudah jika anda tidak mempunyai aliran wang tunai
yang mencukupi untuk terus membayar premium
setiap tahun.


Anda perl ingat bahawa MRTA tidak boleh dipindah
milk – bermakna insurans and terikat kepada rumah
anda di sepanjang tempo pembiayaan. Sekiranya
anda memilih untuk menjual rumah tersebut, anda
tidak boleh membawa polisi tersebut untuk melindungi
harta seterusnya. Sebaliknya, MLTA membenarkan
anda berbuat demikian, kerana polisi tersebut akan
mengikut anda (sekiranya anda mahu).
Dalam hal ini, yang mana satu pilihan terbaik adalah
terletak di tangan anda. Sekiranya anda mahukan
polisi secara minimum dan hanya untuk melindungi
rumah anda, MRTA adalah pilihan anda. Tetapi
sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih, MLTA
akan menjadi pilihan yang lebih baik.


KLIK UNTUK MENDAPATKAN REBATE MLTA ANDA DISINI


Akhirnya, setiap polisi mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri. Anda tidak boleh menyatakan yang
mana satukah lebih baik. Seperti kebiasaan, setelah
memberikan and maklumat mengenai ciri-ciri dan kelebihan sesuatu produk, pilihan terbaik tetap ditangan anda.

Cuma kalau boleh dapatkanlah MLTA kerana nilai tunai yang ada boleh digunakan untuk tujuan tujuan lain.

PERANCANG PERLINDUNGAN PINJAMAN PERUMAHAN

DAPATKAN REBATE SERTA PROMOSI YANG TERKINI UNTUK MLTA ANDA SEKARANG!

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: