DETIK HITAM GIAM BUNGAN BELAGA

TANGGAL 28 Mei 2013, negara dikejutkan dengan kejadian bot ekspres yang sarat dengan penumpang, karam di Giam Bungan, Belaga, di pedalaman Bahagian Kapit, Sarawak.



Bot berkenaan yang kapasitinya hanya untuk 98 penumpang, namun pada hari kejadian lebih 200 disumbat dalam bot yang dalam perjalanan dari Empangan Hidro Elektrik Bakun ke Kapit itu.

Penumpang dikatakan berasak-asak menaiki bot berkenaan di jeti Bakun dan Belaga kerana masing-masing mahu segera balik ke kampung untuk menyambut perayaan Gawai.

Kira-kira jam 10 pagi hari berkenaan, saya yang ketika itu bertugas di Sibu menerima panggilan dari boss di KL bertanyakan kejadian itu dan mengarahkan saya untuk segera ke lokasi.

Alamak…masalah besar. Dua hari menjelang perayaan Gawai, bot untuk ke Kapit sudah tidak menerima penumpang yang tidak membeli tiket awal.

Saya yang dalam kecemasan mencuba pelbagai cara termasuk merayu dengan pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), namun hampa kerana mereka tidak mahu berdepan risiko melepaskan saya menaiki bot yang sudah sedia sarat untuk ke Kapit.





Akhirnya saya mencuba nasib dengan menghubungi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 dan jawapannya positif apabila diberitahu sebuah bot laju pasukan itu dari Sarikei akan dihantar ke Kapit pada petang itu.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya ke Kapit dengan menaiki bot laju yang digerakkan dengan tiga enjin berkapasiti 300hp setiap satu.

Biasanya, perjalanan dari Sibu ke Kapit mengambil masa tiga jam, namun dengan bot milik PPM itu, perjalanan menyusuri Sungai Rajang ke Kapit hanya mengambil masa satu jam.

Sampai di Kapit, masalah pula untuk meneruskan perjalanan ke Belaga kerana tiada perkhidmatan bot ke sana ekoran kejadian itu.

Saya terpaksa bermalam di Kapit dan awal pagi esoknya saya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit bertanyakan kemungkinan ada bot untuk ke Belaga.

Alhamdulillah, sekali lagi saya bernasib baik kerana diberitahu sebuah bot LSS sedia untuk berangkat ke Belaga dan saya dibenarkan menyelit masuk.




Selepas hampir empat jam menyusuri arus deras Sungai Rajang, kami sampai di lokasi dan pandangan pertama tertumpu kepada bot yang terbalik di tengah sungai.

Saya antara kumpulan pertama wartawan yang tiba di lokasi itu kerana beberapa rakan termasuk kru TV3 dari Kuala Lumpur yang cuba memasuki Belaga melalui jalan darat dari Bintulu tersangkut di tengah hutan akibat jambatan terputus.

Meremang bulu roma tatkala melihat keadaan bot itu dan terbayang mangsa yang masih terperangkap di dalamnya.

Pada hari pertama dan kedua tragedi itu, pelbagai maklumat jumlah penumpang yang hilang kami terima. Ada yang kata 100, ada yang kata mungkin dalam 50 dan ada juga yang percaya tak sampai 10.

Ini kerana tiada rekod rasmi jumlah penumpang kerana mereka ‘main masuk’ sahaja tanpa kawalan.

Selepas beberapa hari, barulah jelas, seramai 213 mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas bot itu karam, manakala dua disahkan maut manakala seorang iaitu wanita yang sarat mengandung masih hilang hingga kini.

Usaha untuk menaikkan bot yang karam itu juga menjadi peristiwa cukup misteri kerana pelbagai usaha dilakukan termasuk ditarik menggunakan tongkang bersaiz tiga kali ganda besar berbanding bot itu selain ditarik menggunakan jentera berat syarikat pembalakan.

Namun usaha itu sia-sia apabila bot itu tidak berganjak walau seinci, seperti ada ‘sesuatu’ mencengkamnya.


Promo code: SHP25ST
SHPAFFEMNC
Valid until: Dec 31, 2022

Pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penyelam profesional dari syarikat minyak dan gas turut berusaha untuk memasuki perut bot berkenaan, bagi mencari mangsa yang dipercayai terperamgkap.

Namun, usaha mereka juga sia-sia kerana arus terlalu deras menyebabkan penyelam hanyut sebaik terjun ke air.

Air sungai yang keruh juga menyebabkan zero sighting yang menyukarkan penyelam melihat keadaan sekeliling.

Upacara ritual turut diadakan apabila beberapa bomoh terkenal yang dipanggil untuk membantu, mendakwa penunggu Giam Bungan enggan melepaskan genggamannya menyebabkan bot itu seperti melekat di dasar Sungai Rajang, sedangkan bahagian haluannya jelas kelihatan di permukaan.

Selepas dua minggu usaha untuk menaikkan bot itu gagal, kerajaan Sarawak memutuskan operasi ditamatkan dan bot itu tenggelam seterusnya berkubur di dasar Sungai Rajang yang mengalir deras.

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: