REVIEW KHAS TOP GUN MAVERICK 2022

Filem Top Gun Maverick memeriahkan sosial media dan perkongsian pelbagai kenalan sejak minggu lepas. Legasi filem pertama Top Gun arahan Tony Scott, pada 1986 ini sangat memberi kesan pada penggemar filem militari.



VIDEO IKLAN TERKINI


Fenomena dan keghairahan untuk sekuel selepas 36 tahun tayangan filem pertama.

Ini sangat memberi impak pada memori serta emosi, selepas beberapa kali ditangguhkan.

Filem pertama Top Gun mengisahkan “Naval Aviator” bernama Liutenant Pete “Maverick” Mithcell dan buddy beliau LT JG Nick “Goose” Bradshaw selaku RIO (Radar Intercepting Officer) bagi pesawat utama carrier US Navy ketika itu, F-14A Grumman “Tomcat”.

Ketika 1980an, fleet pesawat F-14A Tomcat ini dioperasikan di atas kapal pengangkut (Carrier) legasi perang dunia kedua setelah melalui pelbagai siri naik taraf dan terlibat pelbagai konflik, iaitu sejak perang korea, perang vietnam dan pelbagai konflik global.

US Navy berada di kuasa kemuncak nya pada 1980an dengan fleet nuclear carriernya yang gagah.



Walaupun Top Gun dan sekuelnya, Top Gun Maverick adalah sekadar fiksyen filem aksi perang, ianya harus dilihat dari sudut pandang berbeza. Pembinaan karekter, persaingan sihat, chivalry, esprit de corps dan emosi dangat memberi kesan.

Wajib tonton filem asal dulu untuk melihat kesinambungan dalam Top Gun Maverick ini.

SEJARAH AWAL US NAVY : NAVAL AVIATION

Era pemodenan aeroangkasasjak 1900an, menyaksikan tentera laut dunia ketika itu melihat pesawat adalah “ game changer” bagi pertempuran di lautan. Carrier pertama dibina pada 1920an oleh Tentera Laut Imperial Jepun, iaitu Hosho.

US Navy mengoperasikan carrier yang pertama iaitu USS Langley CV-1, pada 1920an, dan memberi pendedahan pada mereka untuk membina pasukan udara tentera laut sendiri.



Perang dunia kedua merupakan tempoh pembesaran dan pembangunan pesat fleet carrier serta naval aviation, menentang fleet Carrier Tentera Laut Imperial Jepun. Lautan Pasifik menjadi medan pertembungan kedua kuasa besar dunia ketika itu.

Carrier based aircraft seperti dive bomber, torpedo bomber,dan air defence fighter merupakan elemen utama dalam saling memusnahkan fleet lawan masing-masing.

Taktik, strategi, maklumat risikan, komunikasi, prestasi pesawat dan kecekapan naval aviator merupakan faktor utama hasil setiap pertempuran.

Serangan di Pearl Harbour, Battle Of Coral Sea, Battle of Midway, Battle Of Leyte Gulf dan Battle of Okinawa antara pertempuran besar dan menjadikan battleship tidak relevan pasca perang dunia pertama.

Battleship British, Repulse dan Price of Wales, ditenggelamkan di perairan Kuantan, serta Battleship terbesar dunia Yamato, diteggelamkan di perairan Okinawa, antara yang ditenggelamkan oleh kuasa udara tentera laut lawan masing-masing.

Seterusnya merubah menjadikan pemilikan carrier adalah tonggak utama tentera laut kuasa besar hingga ke dekad ini.

ERA PASCA PERANG DUNIA KEDUA

Pasca perang dunia kedua menyaksikan pesawat berenjin jet digunakan oleh carrier US Navy. Pelbagai instrumen dan peralatan melalui proses tingkat upaya.

Helicopter mula dioperasikan, carrier mula berkuasa nuklear, pesawat pula boleh beroperasi dengan lebih jauh dan lebih muatan senjata, dengan multi spektrum misi.

Era perang vietnam menyaksikan operasi yang intensif dari USN Naval Air Force, menyaksikan A4 Skyhawk dan pelbagai pesawat melaksanakan pelbagai misi menentang Tentera Udara Vietnam Utara, yang mengoperasikan pesawat blok soviet, dibantu artilleri udara.

Antara peranan “Naval Aviation” dalam US Navy adalah seperti berikut

– Fleet Air Defence

Fleet carrier membolehkan memberikan perlindungan pada fleet US Navy seperti cruiser, frigate, destroyer, Landing Platform Dock, Landing Helicopter Dock dengan perlindungan udara menggunakan pesawat tempur sedia ada. Ini adalah kelebihan yang sangat besar di mana musuh baik dari udara atau laut perlu berhadapan dengan pesawat-pesawat Naval Aviation US Navy sebelum berhadapan dengan fleet itu sendiri. Dari era pesawat Piston perang dunia kedua hinggalah era ini fleet Super Honet E/F.

– Strategic Projection

US Navy mempunyai kelebihan strategik di mana berpeluang dan mampu memobilisasikan kuasa mereka melangkaui batasan maritim, dan tidak memerlukan pengkalan hadapan. Diplomasi pertahanan sangat berkesan dan mampu meredakan konflik serantau di antara negara yang bertelagah.

Di bawah adalah senarai peranan sekunder yang lain, yang turut dilaksanakan sebahagian daripada keperluan operasi.

– Mine countermeasures

– Anti surface warfare

– Amphibious warfare

– Maritime patrol

– Anti submarine warfare

– Disaster relief

Filem Top Gun pertama 1986 menyaksikan penggunaan pesawat F-14A Tomcat yang supersonic, carrier capable, variable-sweep wing, dan dua tempat duduk. Ianya berperanan sebagai interceptor, air superiority, dan multirole fighter dekad terakhir perkhidmatannya.

TERMINOLOGI DALAM FILEM TOP GUN

Sebelum kita membedah dan mengolah plot analisis filem ini, lebih baik jika kita senaraikan terma yang sering digunakan dalam filem ini, jadi kita dapat idea memahami secara asas jalan cerita ;

Naval Aviation – Fleet pelbagai Pesawat yang dioperasikan secara carrier-bone aircraft, multi mission.

Naval Aviator – Juruterbang yang bertugas sama ada dari US Navy atau Marine Corps.

RIO – Radar Intercept Officer, berperanan mengendalikan komunikasi pesawat dan radar, persenjataan dan sistem penyerakan

WSO – Weapon Sistem Officer atau “Wizzo”. Pertambahan pelbagai instrumen, radar dan peralatan, Wizzo akan mengendalikan persenjataan, datalink serta komunikasi.

F-14A Tomcat – Supersonic, carrier capable, variable-sweep wing, dan dua tempat duduk. Ianya berperanan sebagai interceptor, air superiority, dan multirole fighter dekad terakhir perkhidmatannya. Unit terakhir bersara 2006.

F/A E/F-Super Hornet – Multi Role Combat Aircraft, All Weather, core air fleet. Menggantikan hampir 700+ unit F-14 Tomcat US Navy.

Miramar Fightertown – Naval Strike And Airwarfare Station, pangkalan udara Marine yang menempatkan pelbagai pesawat milik US Navy dan Marine Corps

TOPGUN – United States Navy Fighter School, pusat latihan untuk melatih juruterbang tempur US Navy dan Marine Corps mejadi yang terbaik.

TOP GUN MAVERICK

Plot dimulakan dengan Maverick, masih berpangkat Kapten, walhal rakan-rakan beliau yang lain telah berada di posisi Laksamana. Bertugas sebagai Juruterbang ujian bagi Hypersonic SR-72 Darkstar, pesawat fiksyen Lockheed Martin.

Rear Admiral Hammer tidak menyokong program Darkstar, dan ingin bajet dofokuskan pada pembangunan UAV/UCAV. Maverick lenjan Darkstar sampai 10mach, meletup. Pesawat ini fiksyen sahaja.

Moral of the story, selaku seorang lagenda , pilot ACE yang menembak jatuh 3 pesawat Mig-28 ( fiksyen) pada 1986, “career progress” bagi Capt Maverick boleh dikatakan biasa sahaja, dan ketinggalan berbanding wingman beliau, Iceman, yang menjadi Admiral, Komander US Pacific Fleet.

Pencapaian masa dulu, bukan ukuran masa depan. Jalan masing-masing bergantung ada cita-cita, usaha , dan rezeki.

Hammer memberikan satu statement di mana masa depan adalah pesawat tanpa juruterbang dan mereka akan pupus.. Hammer terlampau idealistik, pengurusan manusia dan talent, malah pesawat geneerasi ke 5 masih memerlukan juruterbang untuk melaksanakan misi. Teknologi instrumen hanyalah pemangkin dan pemudahcara sahaja. Maverick pun sinis sahaja dengan Admiral Hammer berkenaan ini.

Maverick ditugaskan untuk melatih 12 orang juruterbang terpilih di TOPGUN, untuk satu misi penting di lokasi musuh,

Loji nuklear musuh sedang dibangunkan dan menunggu bahan mentah uranium, loji ini perlu dimusnahkan sebelum proses pengayaan uranium dilakukan dan sebarang pengeboman akan menyebabkan pencemaran radiasi yang tidak terkawal.

Negara musuh tidak dinyatakan tetapi jelas sekali Russia secara tidak langsung, dengan penggunaan Su-57 Felon , 5th gen fighter yang hanya dilihat lawan bagi F22 Raptor, Mi-24 , serta sistem Medium SAM ( Surface To Air Missile ) yang sangat menyerupai sistem-sistem Russia.

Cuma yang menarik, musuh dinyatakan masih menyimpan beberapa unit pesawat F-14 Tomcat, di mana dalam dunia sebenar hanya Iran yang masih menyimpan dan mengoperasikan fleet F-14A Tomcat ini, 79 perolehan zaman Shah Iran sebelum revolusi Tehran. Laporan mengatakan kini hanya 20+ lebih F-14A Tomcat masih dioperasikan Iran, dan digunakan pada 2015 untuk escort pesawat-pesawat Russia dalam perjalanan mereka ke Syria.

US mengambil langkah scrap dan melupuskan semua fleet F-14A Tomcat untuk mengelakkan alat ganti terpakai diseludup sampai ke Iran.

13.Ketika proses latihan, setiap juruterbang mempunyai karekter masing-masing, Hangman, Rooster, Coyote, Fanboy, Bob, dan lain-lain, menjalani proses rejim latihan yang intensif ssesuai dengan parameter misi.



Maverick mengalahkan setiap orang bertujuan menundukkan ego pelajar-pelajarnya dan memposisikan beliau selaku tenaga pengajar yang layak.

4 aspek dalam latihan ditekankan ;

Basic fighter maneuvers

Nap of the earth flying

Precision guided munitions

Importance Teamwork

Kesemua sessi ini digambarkan memberi tekanan mental dan fizikal pada setiap juruterbang . G pressure adalah perkara yang memberikan kesan pada setiap juruterbang.

Pesawat yang dipilih oleh Maverick adalah F/A-18 E/F Super Hornet, kuda perang utama fleet carrier US Navy dan Marine Corps, E untuk variasi single seat dan F untuk varians dual-seat ( pilot + WSO). 600+ unit dihasilkan dan melengkapi hampir 12 unit carrier US Navy di serata global.

F-35, pesawat tempur 5th gen tidak sesuai untuk misi ini katanya kerana kekangan pelbagai.

Super Hornet mempunyai pelbagai tingkat upaya sejak produksi pertama dihasilkan sejak 1999 dan successor kepada Hornet Legacy C/D version seperti yang digunakan TUDM.

Khabarnya, 24 unit Super Hornet yang digunakan Australia pada asalnya dibuat untuk TUDM, tetapi TUDM memilih untuk membeli 18 unit SU-30 MKM sebagai Heavy MRCA pertama negara.

Maverick pun pilih Hornet varians, Menteri kita tunggu apa lagi ?

Filem ini 50 peratus adalah berkenaan emosi, ini kerana sekuel ini juga memaparkan watak Rooster, salah seorang juruterbang yang terpilih sessi latihan Top Gun, iaitu anak kepada RIO Maverick dalam filem 1986, yang terbunuh ketika sessi latihan mengejar trophi Topgun. Walaupun Maverick dibebaskan dari sebarang pertuduhan, kejadian ini menghantui beliau , kerana anak Goose yang masih kecil dan isterinya, yang dilakonkan oleh Meg Ryan.

Rooster pula memang tidak dapat menerima keberadaan Maverick, kerana menyebabkan kemasukan beliau ke Naval Academy lewat 4 tahun dan kematian ayahnya ketika terbang bersama Maverick.

Adegan Admiral Iceman, dilakonkan Vall Kilmer, berhadapan dengan Maverick juga sarat dengan emosi. Iceman tidak dapat bercakap kerana dunia sebenar pun beliau melawan kanser trakea.

”Learn to let go…” adalah ayat yang memberikan kesan pada perbualan antara mereka. Dalam kehidupan, dragging the past sangat memenatkan, belajar untuk melepaskan, dan mula kembali.

Misi bermula dengan Maverick sendiri mengetuai strike package, 2 unit F/A-18E dan 2 x F/A-18F dual seat berlepas dari carrier. F/A-18F bertanggungjawab membidik laser pointing sasaran sebelum precision guided munitions dilepaskan.

Rooster dipilih Maverick untuk bersama strike package ini.

Parameter misi dilakukan perlaksanaannya mengikut latihan yang telah dilalui

USS Leyte Gulf membantu memusnahkan pengkalan udara musuh dengan tembakan salvo peluru berpandu kruis Tomahawk, dan memusnahkan runaway, aircraft hardened shelter dan pesawat musuh. Ini dapat memberi peluang strike package mengebom sasaran tanpa ada tindak balas efensif aset udara dari pengkalan.

Kalau nak banding dari segi logik dan retaliation, takkanlah tiada sebarang tindak balas dari pasukan musuh kan.



Laluan misi strike package ini mengingatkan mengenai misi dalam game Ace Combat 2 , di mana harus terbang di ngarai dalam masa yang ditetapkan, dibawah pengesanan radar, serta sistem pertahanan udara musuh,

Strike package 4 pesawat ini diingatkan agar tidak bertempur dengan aset musuh yang masih di udara, dalam filem ini, aset yang digambarkan aalah peswat Su-57 Felon, pesawat tempur 5th Gen yang dihasilkan Russia. Maverick berulangkali menekankan misi adaah shoot and scoot dan mereka tidak akan berpeluang berhadapan dengan pesawat generasi baru itu.

Maverick dan Rooster menggunakan semula F-14A Tomcat yang direfit entiti musuh ini juga nostalgia, di mana jelas sekali di ruang kokpit RIO yang diduduki Rooster, simbolik peranan mendiang ayahnya Goose, penuh dengan pelbagai instrumen analog. Malah Rooster sendiri mempersoalkan adakah objek muzium itu boleh terbang.

TOP GUN MAVERICK DAN REALITI

Jika ingin membandingkan aspek pelbagai adegan dan filem ini dengan realiti, pastilah banyak yang boleh dipertikaikan. Tetapi, ini adalah sekadar satu filem aksi dan sebahagian hiburan.

Misi pengeboman seperti ini pernah dilakukan oleh tentera Udara Israel terhadap sasaran mereka iaitu Loji Osirak di Iraq. Pengeboman dilakukan oleh F-16 manakala perlindungan diberikan F-15. Sedikt sebanyak kaedahnnya sama.

Loji Osirak yang musnah ini merencatkan program nuklear Iraq.

Strategi dan taktikal Israel akan ditulis dalam artikel berlainan.

Sistem pertahanan SAM seakan sistem Russia iaitu SA-3, S-125 Dvina dioperasikan meriah betul, merata-rata ada. Yang pelik strike package FA/18 tak bawak ECM pod ke ? Bergantung pada chaff/flare semata ?

Atau penglibatan EA-18 Growler khas untuk serakan dan peperangan elektronik sistem SAM musuh.



Selain dari tu, SAM kebiasaannya memerlukan masa untuk tracking lock target, adegan tiba-tiba strike team dilock oleh SAM dan missile dilancarkan tanpa sedikit selang masa dah macam main game pulak.

Tapi nama pun movie just enjoy the show lah. Avengers lagi merapu, korang layan pulak.

Peranan MRCA adalah bersifat strategik sejak era enjin jet sehingga lah sekarang. Kewujudannya, tidak mampu memenangi peperangan bersendirian, tetapi mampu mengubah corak pertempuran dan melambatkaan kemaraan musuh. Dalam konteks TUDM pemilikan skuadron MRCA sepatutnya telah ada 18 unit minima tambahan , meringankan beban SU-30 MKM.

Era moden, TUDM sendiri memiliki 18 x SU-30MKM buatan Russia, antara MRCA yang berkeupayaan tinggi dalam kelasnya. Ianya masih jauh dari mencukupi iaitu 36 unit yang diperlukan TUDM, bagi mengawasi ruang udara negara serta melindungi zon ekonomi eksklusif, pemilikan ini memberi taring anjakan strategik negara.

Diharap kemasukan 36 unit Light Combat Aircraft ini mampu memberi kesan pada kemampuan TUDM.


Published by Agent Info

Team Lead

One thought on “REVIEW KHAS TOP GUN MAVERICK 2022

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: