Good Deeds Should Be Done With Intention, Not For Attention.



Jangan terlalu bergantung kepada sesiapa di dunia ini kerana bayang-bayang anda sekalipun akan meninggalkan anda ketika kegelapan.



Apabila seseorang melakukan kesilapan, jangan lupa tentang semua kebaikan yang orang tu lakukan.

Buat baik kepada orang jahat. Mereka amat memerlukannya.

Seni mengetahui ialah mengetahui perkara yang perlu diabaikan.

Bila hidup semakin sukar, cuba bayangkan bahawa kehidupan yang anda keluhkan adalah impian bagi sesetengah orang.

Jika anda merasa anda kehilangan segala-galanya, ingatlah bahawa pokok kehilangan daunnya setiap tahun. Tetapi ia masih tegak berdiri dan menunggu hari yang lebih baik yang mendatang.

Tak mengapa jika sekali sekala anda melakukan kesilapan, andai anda melalui hari-hari buruk. Tiada manusia yang sempurna. Yang penting, buatlah yang terbaik dan jadilah diri sendiri. (Be yourself)

Tidak ada manusia yang sempurna tetapi setiap orang mempunyai keupayaan untuk menuju ke arah kesumpurnaan.

Hormati mereka yang memberitahu anda kebenaran yang pahit. Mereka yang beritahu perkara yang menarik tetapi mungkin ia pembohongan semata. Sentiasa jujur dan ikhlas.


VIDEO TRENDING SENSASI TERKINI


Orang yang baik dalam hidup kita sama seperti pentingnya degupan jantung. Ia tidak kelihatan tetapi degupan jantung itu memberi kita kehidupan.

Satu pohon boleh menghasilkan seratus ribu batang mancis tetapi sebatang mancis boleh membakar beribu2 pokok Pengajarannya di sini, satu pemikiran negatif boleh membakar semua fikiran positif.

Kerisauan tidak membawa hari esok tetapi cuma menggugat keamanan kita hari ini.

Saat paling manis dalam hidup tidak hanya datang dengan ucapan yang anda terima tetapi dengan ingatan bahawa seseorang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anda.



Hormati badan anda apabila ia meminta untuk berehat. Hormati fikiran anda apabila ia perlukan rehat. Hargai diri anda dengan memberikannya rehat secukupnya.

Perkara baik berlaku apabila anda mendampingi orang yang cantik akhlaknya.

Tangan yang membantu orang lain akan sentiasa diberkati.

Menghormati diri kita membimbing akhlak kita; Menghormati orang lain membimbing adab kita.

Tiada yang dapat meredupkan cahaya yang bersinar dari dalam.


SIMPANLAH EMAS DEMI MASA HADAPAN


Fikiran yang positif terhadap segala-galanya akan memberikan anda kehidupan yang lebih bahagia.



Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: