
1. Jika ada yang datang dan jual emas pada kita dengan ayat.
“Alah… Sesak sesak nanti boleh pajak di ar rahnu.” ia bukan saranan yang bijak kawan kawan.
2. Kedai pajak biasa, hanya beri nilai 30% dari nilai emas tersebut . Ar rahnu lebih baik, memberi pinjaman 65% -70% dari nilai barang kemas tersebut.
Maka ramai tidak kekedai pajak gadai lama lagi dah sekarang. Apatah lagi kita mula faham mana halal, mana haram.
3. Kadar UPAH yang ar rahnu kenakan adalah dari NILAI EMAS kita ada dan bukannya dari JUMLAH PINJAMAN.
Dekat disini ramai yang terlepas pandang.
4. Katakan gelang emas 916 ‘bling bling’ kita bernilai RM10,000 . Kita hanya dapat pinjaman 65% iaitu RM6,500 sahaja.
5. Caj upah simpan adalah RM0.85 setiap RM100, jadi 0.85/100 x RM10,000 = RM85 sebulan . Jika kita ‘Menyimpan’ di ar rahnu selama 6 bulan?
“Ishhhh kenapa RM0.85 x RM10,000 . Kami pinjam RM6500 sahaja”?
Memang begitu model kiraannya kawan! Hebat bukan model perniagaanya?
6. Bagi pinjaman bernilai RM6,500 ini kadar upah yang dikenakan adalah RM85 x 6 bulan = RM510. Jika setahun adalah RM1,020.
7. Kadar faedah yang dikenakan adalah 7.85% bagi tempoh 6 bulan dan jika setahun adalah 15.7% setahun!. Dah sama dengan kad kredit yang kita kena.
(RM510/RM6,500 x 100% = 7.85%)
8. Kadar ini sangat tinggi sebenarnya. Itu baru faedah upah simpan belum bayar duit hutang RM6,500 lagi.
9. Jika ada yang ajarkan belilah emas dan letakkan di ar rahnu duitnya digunakan sebagai deposit rumah.
Atau
Duit itu letak dalam ASB atau Tabung Haji, dapat duit beli emas lagi. Itu semua cadangan tidak pintar namanya.
Buka Akaun Simpanan Emas Anda Sekarang!
JANGAN LAKUKAN.
10. Tahukan kita bahawa dengan pajak emas di ar rahnu juga, ia akan keluar dalam rekod CCRIS bahawa kita sebagai orang yang kurang kemampuan dalam kewangan.
Bank akan pandang kita sebagai lelaki yang gagal urus wang. Nak buat loan rumah jadi susah.
Emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik. Simpanlah emas 30% dari aset kita. Bukannya beli untuk diletakkan di ar rahnu.
VIDEO COLMAR TROPICAL BERJAYA HILLS
Belilah emas secara bijak, bukan kena pijak.