CADANGAN PENAMBAHBAIKAN i-Citra!




TAMBAH BAIK i-CITRA: SATU SAIZ TIDAK MUAT UNTUK SEMUA!
(5 Cadangan Penambahbaikan i-Citra)

■ Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerima terlalu banyak keluhan rakyat mengenai skim i-Citra (menggantikan i-Sinar dan i-Lestari) bagi lebih 12.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Antaranya:

■ Bayaran RM1,000 yang hanya akan dibuat pada bulan Ogos adalah agak lewat tatkala rakyat sedang terdesak memenuhi keperluan hidup ketika ini. Itupun jika diluluskan apabila kaunter permohonan mula dibuka bermula pada 15 Julai 2021.

■ Bayaran pertama sebanyak RM1,000 juga amat tidak berbaloi kerana ramai punya komitmen tertunggak yang perlu dilangsaikan setelah hampir 3 bulan berada dalam keadaan terkurung tanpa pendapatan ataupun berkurangan.

■ Ramai berpendapat mekanisme i-Citra bakal ‘menghilangkan’ sepenuhnya simpanan Akaun 2 ahli KWSP yang telah dirancang untuk pelbagai komitmen lain seperti pembiayaan rumah, pelajaran dan kesihatan sebelum simpanan Akaun 1 dapat digunakan.

■ Golongan M40 yang mempunyai simpanan lebih RM100 ribu hakikatnya amat terkesan kerana rata-rata punya komitmen jauh lebih besar daripada B40, namun mengalami nasib serupa dengan pendapatan terjejas akibat terkurung 3 bulan.

■ Justeru, Pemuda UMNO mendesak Kerajaan khususnya Menteri Kewangan dan pihak KWSP dapat menambahbaik pelaksanaan i-Citra, antaranya:


Untuk Tontonan Umum!


  1. Polisi ‘one size fits all’ atau ‘satu saiz muat untuk semua’ tidak wajar diaplikasikan, sebaliknya harus dibenarkan had pengeluaran dengan kadar lebih tinggi sehingga sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000 kepada pencarum yang ada baki simpanan RM100,000.
  2. Benarkan pengeluaran secara ‘lump-sum’ RM5,000 berbanding pengeluaran berkala setiap bulan. Kaedah begini memberi lebih ruang untuk rakyat merancang sendiri dengan terbaik bagaimana simpanan mereka dapat dibelanjakan.
  3. Jika masih mahu berkala, pastikan bayaran pertama lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya. Sebagai contoh، sekurang-kurangnya RM2,000 bayaran pertama dibenarkan bagi membantu rakyat yang punya komitmen tertunggak bahkan amat terdesak kerana keadaan mereka lebih parah berbanding PKP 1.0 dahulu.
  4. Benarkan akses ke Akaun 1 berbanding kaedah mengutamakan penggunaan Akaun 2 KWSP.
  5. Permudahkan dan percepatkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui proses permohonan dan kelulusan yang panjang. Sebaik-baiknya 17 Julai ini proses pengeluaran pertama dibuat secara automatik bagi mereka yang berhajat.

Pemuda UMNO amat berharap Kerajaan segera ambil serius akan penambahbaikan ini kerana situasi dan kondisi rakyat di bawah amat mencemaskan dan membimbangkan. Rakyat mendambakan keikhlasan Kerajaan untuk membela nasib mereka yang kesempitan sehinggakan ‘Bendera Putih’ terpaksa dikibarkan seolah-olah kehabisan ikhtiar untuk meneruskan kehidupan seharian.


Sumber : Click sini

Video penaja: Click sini

Published by Agent Info

Team Lead

2 thoughts on “CADANGAN PENAMBAHBAIKAN i-Citra!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: