Keagungan Taj Mahal.


Mumtaz Mahal meninggal dunia, menjadi sebab terbinanya Taj Mahal pada 390 tahun yang lalu.

Dilahirkan pada 1593 dengan nama Arjumand Banu Begum, beliau merupakan anak kepada Wazir Besar Empayar Mughal, Asaf Khan yang berkhidmat dengan Maharaja Jahangir. Jahangir pula punyai anak lelaki bernama Putera Khurram.

Kejelitaan Arjumand telah menawan jiwa Putera Khurram, dan mereka jatuh cinta pandang pertama. Lalu diikat tali pertunangan pada 1607 dan lima tahun kemudian, pada 1612, bermulalah sebuah kisah cinta teragung apabila mereka disatukan sebagai suami isteri.


View : Disini


Support : Disini


Walaupun Putera Khurram sudah memiliki dua isteri, cintanya terhadap isteri ketiganya itu tidak terbanding hebatnya. Apabila beliau menaiki Takhta Merak pada 1628 dan memakai nama Shah Jahan, isteri ketiganya itu dinamakan Mumtaz Mahal, bererti Permata Istana.

Mumtaz mengiringi Shah Jahan ke mana-mana sahaja, tidak seperti kelaziman seorang permaisuri yang hanya duduk di haremnya. Pada masa sama turut menjadi penasihat tidak rasmi Maharaja. Tidak dapat dipisahkan, mereka berdua saling mencintai dan mengagumi.

Perjalanannya mengiringi Shah Jahan ke satu kempen ketenteraan di Deccan pada 1630 menjadi yang terakhir buatnya. Tanggal 17 Jun tahun berikutnya, Mumtaz menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak mereka yang ke-14 di Burhanpur.

Mumtaz dikebumikan di sana, namun hanya untuk sementara. Dalam penuh duka nestapa, Shah Jahan mengarahkan supaya dibina sebuah makam terindah yang melambangkan syurga di dunia untuk menjadi tempat persemadian abadi isterinya itu.

Selepas 22 tahun dan memakan hampir keseluruhan perbendaharaan Empayar, berdirilah Taj Mahal di tebing Sungai Yamuna, supaya memori Mumtaz tidak jauh dari pandangan Shah Jahan yang bersemayam di Kubu Agra.

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: