Penyimpanan Emas Terbesar Di Dunia.



Sebuah tempat yang dikenali sebagai New York Federal Reserve merupakan tempat penyimpanan emas paling besar di dunia. Tempat ni digunakan untuk simpan emas dari pelbagai negara, bilik kebal tersebut berada kira kira 24 meter di bawah tanah.

Bilik kebal ini menyimpan kira kira 497,000 jokong emas, pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sini selepas Perang Dunia Kedua, pemegang akaun yang meletakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan rahsia.

Terdapat hampir 122 tempat untuk meletakkan emas, setiap pemegang akaun akan mendapat satu tempat. Kesemua emas tersebut dikatakan bernilai 260 billion dollar atau bersamaan RM1,134,510,000,000.00 (1.1 Trillion Ringgit)


TONTONAN UMUM


IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia merupakan antara pemegang akaun yang menyimpan emas mereka paling banyak disini, tempat ini pernah mempunyai 960,000 jokong emas pada tahun 1963.

Pekerja di tempat ini perlu memakai kasut keselamatan yang mempunyai besi kerana jokong emas tersebut seberat 13 kilogram dan boleh menyebabkan kaki petugas disini cedera teruk atau patah

Bilik kebal ini dilindungi oleh beberapa lapisan keselamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. Selain itu juga bilik kebal ini mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang terperangkap di dalam bilik tersebut.

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: