AGAMA YANG SOKONG LGBTQ.




Ada soalan ditanya “sekiranya non-muslim bertanyakan tentang kenapa Islam tidak membenarkan lesbian, gay, transgender, sedangkan Allah wujudkan gay gene dalam badan manusia?”

Pertama, jawapannya tidak. bukan hanya Islam sahaja yang melarang hubungan sejenis, ia juga turut dilarang di dalam agama lain. Antaranya:


HULURKAN BANTUAN SEWAKTU LOCKDOWN


Agama Yahudi

Di dalam Perjanjian Lama terdapat banyak ayat dan hukum mengenai golongan yang melakukan hubungan sejenis:

“Janganlah engkau tidur dengan lelaki seperti orang bersetubuh dengan perempuan, kerana itu suatu kekejian.” (Imamat 18: 22)

“Bila seorang lelaki tidur dengan lelaki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri.” (Imamat 20: 13)

Dan juga kisah homoseksual kaum Lut yang ditimpa azab oleh Allah diceritakan dalam buku Kejadian 19: 1-13.

Malah mengikut hukum Yahudi mereka hendaklah direjam:

“When a man enters into relations with a male or has a male enter into relations with him, once the corona is inserted [into the anus] they should both be stoned if they are both adults. As [Leviticus 18:22] states: “Do not lie with a man,” [holding one liable for the act, whether] he is the active or passive partner.

If a minor of nine years and a day or more is involved, the man who enters into relations or has the minor enter into relations with him should be stoned and the minor is not liable. If the male [minor] was less than nine years old, they are both free of liability. It is, however, appropriate for the court to subject the adult to stripes for rebellious conduct for homosexual relations although his companion was less than nine years old.” (Mishneh Torah, Hilchos Issurei Biah 1: 14)

Manakala bagi wanita pula yang melakukan hal tersebut maka hukumannya dia dilarang berkahwin. (Mishneh Torah, Hilchos Issurei 21: 8)

Agama Kristian

Teks di atas itu juga (Perjanjian Lama) merupakan sebahagian hukum dalam agama Kristian. Di dalam Perjanjian Baru disebut:

“Kerana itu Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang memalukan, sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tak wajar. Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, lelaki dengan lelaki, dan kerana itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka.” (Roma 1: 25-27)

Agama Zoroaster

Di dalam kitab suci Zoroaster atau Majusi menyatakan bagi sesiapa yang melakukan homosekual maka dia adalah penyembah syaitan:

“The man that lies with mankind as man lies with womankind, or as woman lies with mankind, is a man that is a Daeva (demon); this man is a worshipper of the Daevas, a male paramour of the Daevas” (Zend Avesta, Vendidad 8: 32)

Agama Hindu

Di dalam agama Hindu terdapat hukuman terhadap pelaku homoseksual, disebut di dalam Manusmriti:

“Seorang gadis yang menodai seorang gadis lain akan di hukum dengan denda sebanyak dua ratus pana dan membayar wang mas kahwin sebanyak dua kali ganda dan menerima sebatan dengan sebat sepuluh kali.” (Manusmriti: 8: 269)

Agama Islam

Di dalam al Quran, Allah mengkhabarkan homoseksual ini berlaku sejak zaman nabi Lut a.s:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya. ‘Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian? ‘Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampui batas” (Al-A’raf : 80-81)

Dalam sebuah hadis baginda bersabda yang bermaksud:

“Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)” (Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra 4/322 No. 7337)

Oleh itu, bukan hanya Islam sahaja yang mengharamkan hubungan sejenis tetapi agama lain juga turut melarang. Allah menciptakan manusia dengan lelaki dan perempuan dan menanam fitrah ketarikan di antara satu sama lain.

Kedua, adakah Allah Mencipta Genetik Gay?

Tidak ada satupun fakta saintifik yang membuktikan bahawa wujudnya genetik gay. Adapun gempar pada suatu ketika dahulu pada tahun 1990 seorang saintis bernama Dean Hamer mengatakan wujudnya genetik gay, dan dia ingin membuktikan bahawa orang yang menjadi gay adalah disebabkan fitrah dan semulajadinya dilahirkan sedemikian.

Akan tetapi kajian itu telah terbatal dan dijawab oleh ramai pihak, antaranya pada tahun 1991 teori tersebut telah diruntuhkan oleh peneliti Dr.Michael Bailey dan Dr.Richard Pillard dilanjutkan oleh beberapa ilmuan lain, tahun 1999 Prof George Rice mengatakan bahawa pendedahan dengan dunia luar merupakan faktor terbesar yang menyebabkan kecenderungan hubungan sejenis itu sendiri.

Di sini saya sertakan kajian yang membuktikan bahawa tidak pernah wujud genetik gay, yang mana kajian ini dilakukan oleh Brad Harrub, Ph.D. and Bert Thompson, Ph.D. and Dave Miller, Ph.D. Di dalam kertas kerja bertajuk “This is the Way God Made Me” A Scientific Examination of Homosexuality and the “Gay Gene”: https://www.trueorigin.org/gaygene01.php

Kajian membalas dakwaan Dean Hamer dari George Rice merupakan neurosaintis di University of Western Ontario: http://web.archive.org/web/20020608120322/http://seattletimes.nwsource.com/news/nation-world/html98/gayy_19990423.html

Allah mencipta lelaki dan perempuan agar merasa cenderung dan tertarik di antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)



Kesimpulan

Bukan agama Islam sahaja yang mengharamkan hubungan sejenis tetapi juga turut diharamkan oleh agama lain. Manakala tidak pernah wujud genetik gay, ia hanyalah kajian berat sebelah memandangkan yang membuat kajian tersebut merupakan seorang yang gay.

Published by Agent Info

Team Lead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: