Laungan frasa ‘life begin at 40’ selalu didengari kita daripada orang barat. Akan tetapi sejauh mana kebenaran frasa itu tidak kita ketahui sekiranya kita belum sampai ke usia tersebut bagi orang laki laki.
Kali ini kita akan berkongsi beberapa perkara pelik yang dilakukan oleh orang lelaki apabila mencecah usia 40 tahun.
BERGAYA ATAU BERPAKAIAN SEPERTI ORANG ORANG MUDA.
Perkara pelik yang dilakukan oleh orang laki laki apabila mencecah usia 40 tahun ialah mereka akan bergaya seperti orang orang muda.Pemakaian mereka akan menjadi seperti pakaian para remaja.
BOSAN DENGAN KERJAYA.
Menjelang umur 40an mereka juga akan terfikir untuk menukar karier atau kerjaya. Disebabkan bosan melakukan perkara yang sama setiap hari. Disebabkan itulah mereka terfikir untuk mencuba perkara lain dan perkara ini akan membuatkan mereka rasa dilemma.
Membeli Motorsikal Berkuasa Besar.
Dengan membeli motorsikal berkuasa besar mereka akan merasa bangga dan muda. Disebabkan mungkin tidak berapa mampu sewaktu muda dahulu, lalu mereka pun membeli motorsikal berkuasa besar ini pada umur 40 tahun keatas. Bergaya dan rasa muda!
Lepak Santai Atau Meluangkan Masa Bersama Orang Orang Muda.
Ini perkara yang bukan sahaja pelik malah melucukan. Pada umur 40 ini mereka akan santai lepak bersama orang orang muda. Walaupun tidak berapa faham cerita orang orang muda namun apabila suasana bersama dengan orang orang muda ini mungkin membuatkan mereka bersemangat. Boleh mengimbau kenangan lalu juga!