Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.
Berikut merupakan SOP Sambutan Hari Gawai Dayak semasa Perintah Kawalan Pergerakan PKPB/PKPP/PKPD
- Upacara Miring hendaklah di suatu tempat atau ‘ruai’ yang ditetapkan oleh (JKKK).
- Kehadiran adalah dihadkan untuk 20 orang sahaja.
- Penghantaran piring serta aktiviti adalah dihadkan kepada 20 orang sahaja.
- Pemakaian pelitup muka dan dan penjarakan 1 meter adalah diwajibkan.
- Individu yang mempunyai gejala demam, batuk dan selsema adalah dilarang untuk mengikuti aktiviti.
- Kehadiran wajib direkodkan menggunakan applikasi MySejahtera ataupun buku kehadiran.
Diharap tiada kluster baru sempena Hari Gawai Dayak yang bakal menjelang tiba nanti.