
Kesemua kru kapal selam Indonesia yang hilang disahkan meninggal dunia.
Perkara itu disahkan selepas penemuan serpihan-serpihan kapal yang ditemui di dasar laut oleh pasukan penyelamat.
Menurut ketua tentera Indonesia,Hadi Tjahjanto,imej visual yang diterima mengesahkan bahawa bahagian kapal itu yang sudah pecah.
“Berdasarkan bukti sahih,kami menyatakan bahawa KRI Nanggala 402 telah tenggelam dan semua anak kapal telah meninggal dunia,”ujarnya.
Beliau menyatakan sedemikian menerusi sidang media di Bali.
Kapal selam itu dilaporkan hilang pada rabu lalu.-Channel News Asia.