Kartunis cilik

“Tengok cara dia pegang pen pun dh tahu tangan berseni, smooth je lukis”,ujar salah satu pengguna aplikasi TikTok yang memberikan komen terhadap video yang dikongsikan oleh seorang ibu,Prisca James,30.

Netizen begitu kagum melihat bakat anak kepada wanita tersebut,Pierre Rienner,empat tahun,melukis kartun kegemarannya seperti seorang pelukis profesional.

Video tersebut meraih hampir 330,00 tontonan di aplikasi berkenaan dan dibanjiri dengan pujian di ruangan komen.

“Tak sangka pula video itu tular sehingga mendapat perhatian orang dari luar negara,”katanya yang merupakan seorang ibu kepada tiga cahaya mata.

Video kanak-kanak ini melukis berjaya mendapat perhatian ramai

Video Pierre melukis

Lebih mesra disapa sebagai Prisca,dia mula sedar kebolehan anaknya itu ketika Pierre berusia dua tahun.Pada waktu itu,anaknya sedang melukis di papan magnetik yang masih lagi digunakan sehingga kini.Jika dilihat dengan teliti,cara Pierre menggunakan pen ketika dia sedang melukis di dalam video itu sangat unik.

Samariang water park

“Di atas kertas dia belum boleh lagi melukis dengan jelas.Sekarang memang sudah dihantar ke sekolah”,katanya yang menetap di Papar,Sabah.

Pierre belajar melukis daripada ayahnya dan juga adik ipar saya,mereka berdua pandai melukis anime”.

Kanak-kanak itu mampu melukis dengan pantas tanpa memerlukan sebarang gambar contoh di hadapannya sebagai rujukan.

Kita yang dewasa ini,lukis garisan lurus pun belum tentu sempurna,apalagi kalau cuba nak melukis menggunakan imaginasi sendiri.

Pasangan ini dikurniakan dengan 3 cahaya mata yang comel.

Rupa-rupanya,Pierre mewarisi bakat tersebut daripada bapanya sendiri iaitu,Rosyd Pasda Daniel,32.

“Buat masa ini,anak saya suka melukis planet,bangunan,dan sistem badan manusia”,katanya yang bekerja sebagai seorang jururawat.

Prisca mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2016,dan pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua anak lelaki,dan seorang anak perempuan.

Ikuti kami untuk berita sensasi setiap minggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: