Netizen Mesir percaya negara mereka disumpah oleh Firaun ekoran perarakan 22 mumia

Sebagaimana yang kita ketahui, sejarah pernah menceritakan tentang betapa hebatnya Firaun di Mesir dan kejatuhan mereka dek kerana ketamakan dunia serta kejahilan yang telah mereka lakukan di atas muka bumi ini.

Sumber: Astro AWANI

Perarakan selama 40 minit yang membawa 22 mumia diraja ini ialah sebenarnya acara pemindahan mumia diraja dari pusat kota Kaherah ke tempat persemadian baru iaitu dekat Muzium Peradaban Mesir di Fustat.

Korang tengoklah macam mana mereka berarak di atas jalan dengan iringan trak yang dihiasi sayap dan corak motif zaman Firaun. Siap ada hulubalang macam zaman Firaun betul-betul!

Sumber: Astro AWANI

Namun begitu,di sebalik kemeriahan perarakan tersebut, sebilangan pengguna media sosial di negara itu menganggap bahawa beberapa insiden pelik yang kebelakangan ini berlaku di Mesir berpunca daripada ‘sumpahan Firaun’.

Ini termasuklah insiden sebuah kapal kontena yang tersadai selama seminggu di Terusan Suez pada minggu lepas dan kemalangan kereta api yang mengorbankan 32 nyawa di daerah Tahta, Sohag, Mesir.

Sumber: cnbc.com
Sumber: Utusan Borneo

Antara yang disebut pengguna media sosial di Mesir dengan satu kenyataan berbunyi seperti amaran,

Kematian akan datang dengan cepat kepada mereka yang mengganggu ketenteraman Firaun.”

Malah ada juga segelintir yang terlalu serius dan mengeluarkan amaran seperti ‘Final Destination 2021: Sumpahan Firaun’.

Pun begitu, dakwaan teori ekoran insiden malang yang terjadi disebabkan sumpahan Firaun ini telah disangkal oleh pakar sejarah Mesir, Zahi Hawass yang mendakwa sumpahan tersebut tidak wujud sama sekali.

Lantaran itu,salah seorang personaliti di Mesir pula menafikan khabar angin tentang sumpahan kuno tersebut dan mendakwa pula bahawa Firaun sendiri telah memberitahunya secara peribadi yang mereka tidak marah dengan perarakan yang berlangsung baru-baru ini.

Sumber: Kosmo

Hmmm,pelik sungguh.Tetapi kita sebagai umat Islam hendaklah jangan percaya kepada perkara yang syirik ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: