
Hampir setahun pengajaran dan pembelajaran di rumah (Pdpr) dilaksanakan, akhirnya pelajar tingkatan 1 hingga 4 dapat kembali ke sekolah dengan norma baru.
Dengan keadaan wabak COVID-19, pembukaan sekolah ini diyakini akan berjalan dengan lancar berpandukan norma baru SOP yang ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Sudah pastinya para pelajar bukan sahaja berasa gembira bercampur khuatir, guru dan ibu bapa juga dibayangi perasaan yang serupa.
Atas hikmah daripada PKP, tanggungjawab ibu bapa dilihat sangat besar tetapi kini sudah tiba masanya tanggungjawab itu diserahkan kepada guru di sekolah bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak di sekolah sentiasa terjamin.
Wajarkah sekolah dibuka, apakah pendapat anda?