Kebelakangan ini,banyak anak tempatan yang baharu mencuba peluang untuk memasuki di dalam industri hiburan.Tidak ketinggalan juga,beberapa anak muda tempatan ini telah pun menceburi di dalam bidang ini dengan melancarkan sebuah lagu yang mereka hasilkan sendiri yang bertajuk ‘Kediri’.
Sebuah band yang dianggotai oleh lima orang anak muda ini ialah Cliff Junior,Farrel Junior,Valley Kanyan,Mark Mauretius dan juga Agnatius Anyai merupakan anak jati Sarawak yang berasal dari Miri,Sarawak.
Justeru,mereka telah menyahut cabaran ini dengan menghasilkan karya sulung mereka yang bertajuk ‘Kediri’ yang membawa maksud ‘Sendiri’.
Sehubungan itu,mereka terdedah kepada muzik daripada usia yang sangat muda.Semasa zaman persekolahan,mereka selalu menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun melakukan persembahan semasa ada program yang dikelola oleh pihak sekolah.
Menurut Farrel,nama band mereka ‘Revolution of Ballad’ dihasilkan melalui perkongsian idea bersama ahli kumpulan mereka untuk menciptakan lebih banyak lagi karya yang beriramakan rentak Balada.
Setakat ini,karya sulung mereka yang bertajuk ‘Kediri’ sudah pun dilancarkan di platform digital Youtube pada bulan Mac yang lalu.