
YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terpanggil untuk melawat seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota keselamatan di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.
Sila Daftar Disini Untuk Menjana Pendapatan Digital Daripada Rumah Sewaktu PKP
Barang-barang yang dimaksudkan adalah keperluan untuk anaknya yang sedang sakit.
Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan asas kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 ini.
“Mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul..” – ACP Nik Ezanee