Aktiviti Memancing Ialah Hobi Yang Membuang Masa? Mari Kita Lihat Manfaat Jadi Kaki Pancing

Gambar Hiasan

Memancing buang masa jer bro,tak berfaedah pun hobi kau tu’. Ramai yang fikir memancing adalah satu aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Manakan tidaknya, harga alatan memancing sahaja boleh mencecah ratusan malah ada yang sampai ribuan ringgit. Aktiviti nya hanya duduk tunggu ikan makan umpan.


RUANGAN IKLAN : JOM NGAIL DI BINTULU 2.0


Nampak tak? Seperti membuang masa bukan!

Tuan-tuan dan puan-puan sebenarnya,memancing juga mempunyai rahsia nya tersendiri. Terdapat manfaat manfaat seperti hobi yang lain juga.

Jangan salah anggap tau! Memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang.

Gambar Hiasan

Haaa tak percaya lah tu! Mari kita lihat di artikel yang kami sediakan untuk anda.

SEBAB SEBAB KENAPA ANDA PERLU JADIKAN MEMANCING SEBAGAI HOBI ANDA

Gambar Hiasan

1. Memancing ikan bantu anda untuk lari sebentar dari dunia nyata

Seperti hobi lain, hobi memancing amat membantu penggiatnya untuk lari sebentar dari dunia nyata dan hiruk-pikuk kota.

Setelah menghabiskan banyak masa terperangkap dalam pejabat dan hanya duduk di hadapan skrin komputer, pasti mental rasa lega ketika mendengar bunyi jeram di sungai.

Kepala juga rasa lebih ringan ditiup angin sejuk di luar bandar. Pasti badan yang rasa lelah terus jadi bersemangat ketika memancing!

2.Hobi memancing boleh membantu meningkatkan ‘Self Confident’ seseorang

Kaki pancing selalunya gemar bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.

Mereka akan bercerita tentang pengalaman memancing yang lepas seperti ikan apa yang telah mereka tangkap ataupun tempat yang terbaik yang mereka pernah lawati.

Semua aktiviti ini boleh bantu para pemancing untuk tingkatkan keyakinan diri mereka. Tambah lagi, hobi memancing juga boleh bantu asah skil komunikasi dalam berhubung dengan orang lain.

3. Individu yang gemar memancing mempunyai ramai kenalan atau sahabat

Hobi memancing juga dapat bantu eratkan tali persahabatan ataupun ikatan kekeluargaan.

Pasti seronok bukan jika sepanjang hari dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat dan juga hobi yang sama.

Bukan sahaja dapat berkongsi pendapat, malah, mungkin pada hujung sesi memancing nanti anda boleh jumpa kawan baru!


RUANGAN IKLAN : JOM NGAIL BINTULU 2.0


Tambah lagi, ada dalam kalangan pemancing yang melakukan aktiviti ini sebagai aktiviti kekeluargaan.

4. Membantu mengurangkan stress apabila memancing

Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang mempunyai hobi kurang berisiko untuk mengalami stres ataupun depresi.

Mereka juga mempunyai mood yang lebih baik jika dibandingkan dengan individu lain yang tidak mempunyai hobi.

Aktiviti memancing yang membolehkan peminatnya untuk keluar menghirup udara segar sambil menghayati keindahan alam sekitar sudah pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa lebih tenang dan bahagia.

Jika anda alami masalah tidur malam, cuba libatkan diri dengan aktiviti memancing. 40% orang dewasa mendapati mereka lebih tenang ketika berada di sekeliling air.

5. LEBIH FOKUS

Menurut pakar, individu yang gemar menghabiskan masa dikelilingi dengan alam sekitar mempunyai keupayaan untuk fokus dengan lebih lama.

Tambah lagi, di dalam jurnal British of Sports Medicine, individu yang suka duduk di bawah pohon yang rendang dan menghabiskan masa di tepi sungai mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa yang lebih panjang.

6. Menjadi lebih cergas

Bukan mudah untuk mendaratkan seekor ikan yang bersaiz besar ya! Seorang lelaki perlu merangsang kekuatan pada bahagian lengan, bahu, belakang dan juga kaki untuk menarik seekor ikan ke darat.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang, tempat memancing yang menjadi port juga jauh daripada kawasan awam. Peminat aktiviti memancing perlu mendaki sedikit ataupun berjalan 10 hingga 15 minit sebelum tiba ke destinasi yang dituju.

Haa siapa kata memancing hanya duduk sahaja tadi?!

Dah ada plan nak tukar hobi ke tu tuan puan?

SUMBER : SIAKAP KELI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: