Jangan Leka!! Ancaman Gelombang Baharu Covid-19 Di Seluruh Dunia Masih Berada Di Tahap Berbahaya

SAMPEL COVID

KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua “front liner”dan belakang tabir, serta rakyat Malaysia yang telah sama-sama berusaha keras untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Bagi memastikan tiada penularan jangkitan, pematuhan kepada  SOP yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan amatlah penting.


RUANGAN IKLAN : BANTUAN AMAL HUGS PROJECT


Jika dibandingkan dengan situasi di beberapa negara luar, terdapat negara yang kini menghadapi ancaman gelombang baharu penularan COVID-19. Perkara yang sama boleh berlaku di negara kita jika rakyat leka dan memandang remeh situasi di negara kita.

‘Border control’ perlu terus dipertingkatkan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengekang aliran kemasukan individu yang berpotensi dijangkiti COVID-19 ke dalam Malaysia. Daripada 3 April 2020 sehingga 23 Ogos 2020, seramai 104,188 rakyat dan pemastautin tetap telah disaring, di mana 103,289 telah dikuarantinkan samada di rumah sendiri atau pusat kuarantin. Kes positif COVID-19 yang dikesan pula adalah sebanyak 899 kes di mana mereka telah diasingkan dan dirawat di hospital. Sekiranya terdapat kelemahan pada sistem,pihak berkenaan akan ‘improved’ dari semasa ke semasa.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan semua ‘frontliner’ untuk terus patuh kepada rangka kerja, panduan amalan dan tatacara pengurusan kes di lapangan. Sekiranya menghadapi sebarang  kerumitan, mahupun halangan dalam menjalankan tugas, pihak atasan perlu dimaklumkan segera agar ianya dapat dirungkai dan diselesaikan. Ini adalah penting untuk memastikan undang-undang serta SOP dipatuhi, dan ‘frontliner’ adalah terlindung daripada jangkitan penyakit serta sebarang cabaran dalam melaksanakan tugasan di lapangan.

Ketidakpatuhan terhadap Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) ini akan meningkatkan risiko kebolehjangkitan dan penularan penyakit. Sekali lagi diingatkan kepada 1) semua ‘frontliner’ untuk patuh kepada panduan amalan dalam pelaksanaan tugasan; dan 2) orang ramai untuk terus patuh kepada SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM. Rakyat memainkan peranan yang amat penting dengan mematuhi  segala undang-undang dan SOP yang ditetapkan, tidak kira siapa dan di mana sekali pun.

Hanya dengan mematuhi 100% terhadap Akta ini, kita dapat bersatu dalam peperangan terhadap musuh kita yang sama, iaitu COVID-19.

SUMBER : SARAWAK EDITION

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: