
Amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia telah dikeluarkan Jabatan Meteorlogi Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang (waktu tempatan).
RUANGAN HIASAN : KARNIVAL MEMANCING TASIK NAGA SEPITANG SABAH
Jabatan Meteorlogi Malaysia mengeluarkan amaran tersebut pada pukul 2.15 petang tadi yang melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Negeri yang dijangka akan mengalami ribut petir sehingga jam 5 petang ini adalah Pahang, Perak,Johor, W.P Kuala Lumpur, N.Sembilan, Selangor, Sarawak dan Sabah.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir pada hari ini ialah:

PAHANG: (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin)
PERAK: (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
JOHOR: (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
N.SEMBILAN: (Jelebu,Seremban,Kuala Pilah dan Rembau)
SELANGOR: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
SARAWAK: Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Kapit (Song dan Bukit Mabong)
RUANGAN HIASAN: SAMARIANG WATERPARK KUCHING SARAWAK
SABAH: Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud)
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan rancang semula aktiviti anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan/kejadian yang tak di ingini terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.Ingat malang tidak berbau.
SUMBER: SIAKAP KELI