COVID-19: Miri Kekal Zon Hijau Walaupun Terdapat Satu Kes Positif Lelaki Pulang Luar Negara

MIRI: Miri masih kekal zon hijau walaupun satu kes positif baharu COVID-19 dikesan di daerah Miri melibatkan seorang lelaki tempatan yang baharu pulang dari luar negara.

Menteri yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, kes telah pulang dari Tunisia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 Jun sebelum meneruskan pulang ke Miri pada 21 Jun.

“Semasa ketibaan di Kuala Lumpur, kes telah menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR) COVID-19. Tiada gejala namun beliau disahkan positif apabila sampai di Miri keesokan hari.

“Kes tersebut dikesan di pintu masuk KLIA/Selangor bukan Miri/Sarawak. Justeru, ia tidak termasuk dalam laporan statistik kita,” katanya semasa sidang media di Pejabat Residen Miri hari ini.

Lee Mengulas Perkara Berkaitan

Mengulas lanjut, Lee berkata kes dimasukkan ke Hospital Miri untuk pemerhatian lanjut dan Jabatan Kesihatan Miri telah mengenal pasti ahli keluarga dan kontak rapat kes.

Beliau menambah, kesemua mereka tidak mempunyai gejala dan ujian lanjut telah dilakukan.

Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak mengingatkan rakyat yang pulang dari luar negara mengisi borang akuan e-kesihatan atau berdepan dengan hukuman berat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Sudan Ajang

Inspirasi Menarik: Value Or Money

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: