Barang Ke Sabah Sarawak Dijangka Lewat, Pos Malaysia Terima Jumlah Bungkusan Luar Biasa

Barang Ke Sabah Sarawak Dijangka Lewat, Pos Malaysia Terima Jumlah Bungkusan Luar Biasa. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, bungkusan ke Sabah dan Sarawak menghadapi kelewatan untuk sampai ke alamat yang sepatutnya. Isu ini bukan lah sesuatu yang baru memandangkan kelewatan penghantaran ini telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac yang lalu.

Maklum lah, semua orang berada di rumah. Maka, cara yang paling senang untuk mendapatkan barangan ialah melalui pembelian secara atas talian.

Terbaharu, Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman Facebook nya semalam tentang kesulitan yang dihadapi oleh syarikat kurier nasional tersebut

Pos Malaysia kini mengalami peningkatan bungkusan secara mendadak terutamanya bungkusan yang dihantar ke Sabah dan Sarawak.

Pihaknya juga turut menjelaskan bahawa akan berlaku kelewatan dalam urusan penghantaran dalam masa terdekat. Oleh yang demikian, pihaknya kini sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kapasiti bagi memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin.

Bukan itu sahaja, punca kelewatan bungkusan ke Sabah dan Sarawak juga disebabkan oleh jumlah penerbangan yang terhad ke negeri Malaysia Timur tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak Pos Malaysia turut melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan yang memahami situasi yang dialami oleh syarikat kurier tersebut buat masa ini.

Barang Ke Sabah Sarawak Dijangka Lewat, Pos Malaysia Terima Jumlah Bungkusan Luar Biasa

Walau bagaimanapun, netizen terutamanya pelanggan di Sabah dan Sarawak ternyata sangat tidak berpuas hati dengan servis kurier tersebut walau pun penjelasan rasmi telah dikeluarkan oleh pihaknya.

Menurut netizen, kebanyakan barang tidak dikemas kini di dalam sistem menyebabkan mereka tertanya-tanya dan risau tentang keberadaan dan keselamatan bungkusan mereka. Apatah lagi ia adalah amanah daripada orang.

Apa pendapat anda? Adakah kini sedang menunggu bungkusan dari Pos Malaysia? Kongsikan pengalaman anda berhadapan dengan situasi ini di ruangan komen.

Kd: www.iloveborneo.my

Inspirasi Menarik: How You Do One Thing Is How You Do Everything

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: