Tiada Lagi Halangan Ibu Bapa Bawa Anak Ke Pusat Membeli Belah Dan Restoran.

Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan kerana ia tidak diwartakan.

“Tidak ada tegahan untuk tidak benarkan kanak kanak pergi membeli mainan, beli-belah dan sebagainya bersama ibu bapa mereka.

“Cuma Sering Kali Saya Nasihatkan, Kalau Boleh Jangan Bawa Kanak-Kanak Kerana Mereka Golongan Berisiko Tinggi Dan İbu Bapa Kena Jaga Kepentingan Anak Mereka Walaupun Dipakaikan Pelitup Separuh Muka.” Kata Datuk Seri Ismail Yaakob.

“Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan

yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke

restoran dan pusat beli-belah tapi kerana anak anak berisiko tinggi dengan jangkitan Covid-19, kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Tegasnya, kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu mematuhi jarakan sosial selain tidak berhimpit himpit.

Ditanya sama ada panggung wayang sudah dibenarkan beroperasi, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 69,370 pemeriksaan di seluruh negara bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dengan melibatkan seramai 16,712 anggota. Pada masa sama beliau berkata, PDRM telah menahan 61 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. “Daripada jumlah ini, sembilan individu telah direman dan 52 individu telah dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti di pub dan kelab malam (44 individu), aktiviti refleksologi atau urut (empat) dan aktiviti yang menyukarkan jarakan sosial,” tambahnya.

Kd: Majalah PaMa

Video Menarik: If Find The Big Why, You Will Find The Big What And How

One thought on “Tiada Lagi Halangan Ibu Bapa Bawa Anak Ke Pusat Membeli Belah Dan Restoran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: