Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami (PJAKK) Miri Perlu Mendapat Perhatian Dikalangan Penduduk Miri

Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami (PJAKK) Miri Sarawak Lot 2286, Jalan Pujut 8, Pujut 8, 98000 Miri, Sarawak

Pengenalan

PUSAT JAGAAN ANAK KESAYANGAN KAMI (PJAKK ) merupakan rumah kebajikan yang menaungi seramai 30 orang anak fakir miskin, anak-anak dari “Broken family” dan juga golongan asnaf zakat yang layak menerima zakat). PJAKK adalah di bawah naungan Yayasan Kebajikan 3 Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) dengan nombor pendaftaran 4700/90 (Selangor).

Para pelajar ini belajar di sekolah rendah kebangsaan yang berdekatan. Fungsi pusat jagaan ini ialah menyediakan kemudahan asrama selengkap yang termampu, mengendalikan makan minum pelajar, menyediakan peralatan dan pakaian sekolah. Di dalam mengusahakan pembentukan mereka sebagai generasi bertaqwa yang cemerlang. Kami akan sentiasa memastikan anak-anak ini tidak terabai pendidikannya.

PJAKK mengambil inisiatif untuk menerapkan sistem pendidikan berasaskan akedemik, diniah atau agama dan kemahiran. Di samping itu, program motivasi dan kaunseling juga diberi penekanan di dalam menyubur jiwa dan minda anak-anak ini agar sentiasa optimis di dalam mengubah nasib mereka sendiri

Matlamat

Memupuk dan Mendidik anak-anak ini sejak dari kecil kenal Allah dan cinta Rasululah. Perkara ini sangat penting untuk membangunkan Insan yang takutkan Allah dan rindukan Rasulullah.

Sesungguhnya ini merupakan ruang dan peluang bagi masyarakat yang berkemampuan untuk sama-sama membela, membahu dan merasa bertanggung jawab keatas golongan ini sepertimana yang Allah kehendaki.

Aktiviti

  • Berusaha mendapatkan dana dan yang disalurkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan tidak kira di mana jua mereka berada.
  • Menjadi pusat pengumpulan dan agihan bantuan berupa makanan asas, pakaian serta lain-lain barangan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan.
  • Menganjurkan aktiviti rehlah untuk memberi peluang berhibur dan berekreasi, ceria dan gembira disamping tidak mengabaikan program pengisian rohani untuk membangunkan jiwa mereka semasa aktiviti sedemikian dijalankan.
  • Mengadakan kelas-kelas fardhu ain, pengajian agama, khidmat nasihat, kaunseling dan motivasi kepada anak-anak remaja dan ibu bapa.

Perbelanjaan Bulanan

  • Sewa (RM3,350.00)
  • Bil Api Air (RM 800.00)
  • Bil Telefon (RM 200.00)
  • Makan / Minum ( 30 orang) (RM 9.000.00)
  • Mandian / Basuhan (RM 1500.00)
  • Pengangkutan (RM 1.530.00)
  • Rawatan Kesihatan (RM 500.00)
  • Pengurusan (RM 500.00)
  • Saguhati Petugas (RM 2,000.00)
  • Lain-lain (RM 1,500.00)

Jumlah RM 20,880

Sumbangan Diperlukan

  • Van / Kereta
  • Set Komputer
  • Printer
  • Laptop
  • Peti ais / Freezer
  • Tv LCD
  • Kipas Dinding
  • Peralatan Pejabat
  • Peralatan Dapur Rak Buku
  • Rak Kasut
  • Ampaian Permainan Kanak-Kanak
  • Bahan Cucian (Bahan Mandian)
  • Rak Buku
  • Bahan Bacaan
  • Pakaian Baru Atau Terpakai
  • Prasarana Asrama

Bahan Makanan Mentah

  • Beras
  • Biskut
  • Gula
  • Minyak
  • Susu
  • Dan lain-lain

Alamat

Asrama Putra

Lot 2673, Jalan Pujut 7B, Royal Golden, 98000 Miri, Sarawak

Asrama Puteri

Lot 2286, Jalan Pujut 88, 98000 Min, Sarawak

Segala sumbangan yang berbentuk dana adalah atas nama: ANAK KESAYANGAN 561181003143 (Maybank)

Keterangan lanjut sila hubungi:

  • Ustaz Ramli Mai Yadin (+60128963268)
  • Puan Jamaliah (+60178062538)

Website: anakkesayangan.my

Email: anakkesayangan.my@gmail.com

“GEMBIRAKAN LAH HAMBA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN GEMBIRAKAN KITA” -Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami

Video Kebajikan Menarik: Hugs Project Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: