Sekolah Kelas Peperiksaan Awam SPM, SVM, STPM, STAM Dibuka Semula 24 Jun

PUTRAJAYA: : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembukaan semula itu melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara.

“Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020,” jelas Radzi dalam sidang media di Putrajaya pada Rabu.

Ujarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru telah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.

“Kami di Kementerian Pendidikan amat berharap agar pembukaan semula sekolah mulai 24 Jun 2020 ini berjalan lancar bagi membolehkan anak-anak dapat meneruskan persekolahan dalam keadaan selamat.

“Apa yang penting kita semua perlu terus patuh kepada arahan dan saranan Kerajaan. Sama-sama kita doakan agar keadaan akan pulih sepenuhnya dan semua murid akan dapat kembali ke sekolah,” tambahnya.

Kd: Fareez Azman, Astro Awani | Jun 10, 2020 15:58 +08


Menarik: Permainan Video Mengeratkan Silaturahim

Jana Ekonomi Anda Didalam USD Secara Percuma Dengan Hanya Bermodalkan Masa Menonton Video ! Cuma Perlu Klik Link, Daftar Dan Tonton Video. Klik Link Dan Daftar Disini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: