Susulan berkaitan dengan isu kematian George Floyd semasa pihak polis Minneapolis yang menahan George Floyd dalam keadaan mabuk, diarahkan meniarap dengan lutut salah seorang daripada anggota polis menekan dibelakang leher George Floyd selama sembilan minit sehingga beliau maut dalam keadaan sesak nafas pada 25 May 2020 di Minneapolis, Minnesota.

Peristiwa ini menyebabkan ramai warga dunia terutamanya warga Afrika-Amerika marah dan mereka menganggap perbuatan ini sebagai diskriminasi.
Warga New York mengamuk dan mengadakan Protes besar-besaran kerana diskriminasi terhadap kaum golongan Afrika-Amerika ini sudah terlalu lama dan terlalu dipandang remeh. Apa yang berlaku terhadap George Floyd bukan lah yang pertama kalinya tetapi kerap kali berlaku dan terlepas begitu sahaja.


Tatkala dunia sedang dilanda musibah Covid-19, ramai yang kehilangan pekerjaan dan kerajaan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah isu tersebut dan ianya juga antara penyebab mereka menceroboh, memecah dan memusnahkan kedai-kedai setempat dimana mereka membuat protes.
Klik link untuk mengetahui tips bagaimana untuk mengatasi krisis kewangan anda. https://youtu.be/Se_-SkBUiyk






Banyak kedai-kedai yang berjenama seperti Rolex, butik D&G, Gucci, LV, Nike, Adidas, Apple dan lain-lain turut dirempuh.




Pada pendapat anda, adakah wajar untuk kita menunjuk perasaan sebegitu rupa menghinggakan merosakkan harta benda, kedai yang akhirnya menyebabkan kerugian besar dan juga akan memberi impak didalam ekonomi sesuatu negara ? Tinggalkan komen dibawah dan kita berbincang bersama untuk berkongsi pendapat.
luar biasa
LikeLike