Miri Departmental Mengadakan Promosi Aidilfitri Dan Gawai Sehingga 6 Jun.

MIRI: Sempena sambutan perayaan berganda tahun ini, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak, Miri Departmental Sdn Bhd (Miri Departmental) kini kembali dengan promosi baharu dengan tawaran lebih menarik.

Pelbagai produk yang siap dibungkus untuk dijadikan hamper dan hadiah di musim perayaan.

Jurucakap syarikat itu berkata, tawaran tersebut yang sedang berlangsung akan berakhir pada 6 Jun depan, namun bergantung kepada stok.

Miri Departmental kini menawarkan koleksi barangan Claytan yang cantik dengan corak-corak antik yang pastinya menarik dijadikan koleksi musim perayaan, di samping kanister-kanister Raya dengan warna yang menyerlah.

“Kami juga turut menjual bunga orkid tiruan yang menyerupai orkid asli dengan gubahan dibuat kakitangan berpengalaman.

“Selain yang dipamerkan, kami juga boleh mengubah berdasarkan tempahan pelanggan.

Aneka warna kanister raya yang menari
Jurucakap Miri Departmental menunjukkan laman sosial Facebook Miri Departmental Sdn Berhad dan orang ramai boleh mengetahui maklumat lebih lanjut di laman sosialnya.

“Kami memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih sendiri jenis bunga, warna dan pada harga yang mereka mahukan untuk kami gubah,” jelas beliau.

Begitu juga dengan hamper di mana Miri Departmental sudah membungkus dengan cantik pelbagai barangan seperti pinggan mangkuk, barangan kaca, bekas makanan, barangan elektrik dan lain-lain, yang sesuai dijadikan hamper atau hadiah sempena musim perayaan.

“Pelanggan juga boleh memilih barangan yang mereka suka mengikut bajet mereka, untuk dibungkus dan dijadikan hamper.

“Kami tidak meletakkan had barangan atau harga.

“Pelanggan yang menentukan dan mereka boleh campurkan barangan yang mereka mahu,” jelas beliau.

Untuk memudahkan pihak Miri Departmental menentukan pilihan pelanggan dan barangan yang mereka pilih berdasarkan bajet yang dimahukan, pelanggan digalak datang terus ke Miri Departmental untuk berbincang dengan kakitangan atau menghubungi premis berkenaan sama ada melalui talian ataupun secara dalam talian seperti yang dipaparkan dalam iklan atau di laman sosial Facebook Miri Departmental.

Produk seramik terbaharu di pasaran boleh didapati pada harga yang menarik sempena promosi Hari Raya dan Gawai di Miri Departmental.
Produk Claytan yang dipamerkan.

Selain itu katanya, Miri Departmental mungkin satu-satunya premis di sini atau di negeri ini yang menawarkan barangan melamin sama ada pinggan mangkuk, mangkuk makanan bertutup, cawan, sudu dan sebagainya secara timbang pada harga RM15 sekilogram.

“Anda boleh pilih mana-mana yang anda mahu dan perlukan.

“Kesemua barangan melamin ini kami longgokkan di tempat khas dan hanya perlu timbang barangan anda.

“Ia murah iaitu RM15 sekilo jadi jangan lepaskan peluang,” tambahnya.

Sempena promosi musim perayaan ini juga, Miri Departmental turut menawarkan set seramik baharu di pasaran.

“Ia baru tiba dan dipamerkan sempena musim perayaan ini dan seperti juga barangan lain, tawaran hanya sehingga 6 Jun sahaja atau sehingga stok habis,” jelas jurucakap itu lagi.

Pelanggan yang berbelanja atau membeli barangan di premis ini sepanjang tempoh promosi ini sebanyak RM500 dan ke atas akan menerima hadiah berupa kuali tahan karat berukuran 44 cm yang bernilai RM150.

Seakan asli, gubahan orkid yang dipamerkan.

Bagi orang ramai yang tidak dapat datang ke premis Miri Departmental atau mahu membeli barangan tetapi tidak mempunyai kenderaan untuk membawa pulang, Miri Departmental menawarkan pembelian atau tempahan secara dalam talian.

“Bagi barangan yang dijual dalam talian ini, anda boleh melawat laman sosial Facebook Miri Departmental Sdn Bhd atau untuk barangan yang boleh dihantar terus ke rumah anda, sila layari laman sosial kami di Facebook MDS Deliver.

“Caj penghantaran adalah RM10 ke semua kawasan di bandar raya Miri dan sesetengah barangan pula kami tidak mengenakan bayaran, iaitu penghantaran secara percuma.

“Anda boleh lihat barangan yang ditawarkan ini di MDS Deliver (Facebook),” katanya sambil menambah berbanding barangan yang di premis, barangan yang ditawarkan dalam talian adalah lebih murah kerana terdapat diskaun.

Bagi pelanggan di negara Brunei Darussalam dan juga di luar Miri, mereka boleh membuat pembelian dalam talian dan barangan akan dihantar dengan kadar caj berdasarkan berat barangan tersebut dan jenis kurier yang digunakan.

Info kredit: Utusan Borneo 21-05-2020

https://utusanborneo.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: