KPM mungkin akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan 5 dan 6 untuk hadir ke sekolah terlebih dahulu. Cuma tahap kepatuhan terhadap SOP yang ditetapkan harus dipantau dari masa ke semasa.
Mungkin juga bilangan pelajar didalam kelas akan dikurangkan.Contohnya daripada 36 orang satu kelas akan menjadi 15-16 orang sahaja didalam satu kelas. Ini adalah untuk memastikan penjarakan sosial sentiasa dijaga.
Cabaran kepada guru guru selain daripada untuk memastikan penerokaan ilmu akan berjalan terus dengan lancar pada masa yang sama guru juga perlu untuk memastikan segala SOP yang ditetapkan dipatuhi oleh para pelajar.
Wajarkah sekolah dibuka pada tahun ini?